Berjaya tapi gagal

Saya kembali lagi di bulan November.  

Minggu terakhir bulan Oktober ammi kurang sihat sikit.  Kerja pun cuma 2 hari je minggu lepas sebab demam dan sinus.  

Kisahnya korang, ammi kan baru bulan lepas berjaya pasang top commenter widget kat blog selepas few attempts ammi gagal.  

Sepanjang Oktober tu ammi nampaklah nama kengkawan berubah-ubah ambil posisi.  Sekali kan.... ammi tak teringat pun nak screenshot di penghujung Oktober tu sebab kita busy di rumah orang kahwin.

Tau-tau pagi 1 November tu ammi tengok ehhhh dah kosong je kat ruangan top commenter tu dan dia dah masuk siap-siap "November 2026" kat atas tu.  Ahaks.

Nampak gayanya kena set kat calendarlah tiap-tiap hujung bulan untuk screenshot.


Ada ke cara boleh retrieve semula counts untuk Oktober tu?  Kalau ada sesapa tau bolehlah share-share ngan ammi ni ye.  Tapi sambil-sambil tu ammi nak cuba gaklah tanya kat ChatGPT tu caranya sebab dialah juga yang tolong ammi buat html widget code ni pun kan.  Tau buat takkan taktau cara nak cari penyelesaiankan??  Ahaks.


0 comments