Dia nyanyi lagi daaaa

Minggu lepas Khilfi send message kat ammi di Telegram.  Katanya semalam dia ada satu persembahan sempena Malam Kecemerlangan Kerohanian Islam.

Dia ni dari dulu memang jiwa nasyid so bernasyidlah dia malam itu.


Orang kata lelaki bujang sampin perlu di atas lutut.  Haaaa sambil Ilyas (disebelah kanan) dah betul sampin awak apsal labuh sangat?





 

Dalam FB sekolah hanya ada gambar, jadi kita simpan sesiap.  Wah mengepalai kumpulan nampaknya... sedap ke tidak suara?

Next day baru dia bagi ammi video nyanyian kumpulan dia.  Ini semua budak Form 4 lah ni.  


Ammi ambil sebahagian jelah mana yang ada suara anak ammi ni.  Sebab budak yang nyanyi selepas dia hahahahhaha buat audiece tergelak je.  Bak kata Khilfi "keluar Bahasa Yunani dia".  




Ohhhh ada bakat R&B terendam rupanya dia ni.  Tak pernah lagi ammi dengar dia buat gini kat suara dia.  Aishhhh practice kat mana ni?  Videonya panjang tapi ammi pendekkan jelah.

Ni lagu apa pun ammi taktau.  Macam tak pernah dengar.

Dan dia tunjuklah juga dia dapat sijil ni ha..


Senget pun sengetlah ye nak ooooii..

Sikit je hari lagi berakhirlah episod tingkatan 4 anak lanang ni.  Tahun depan ammi ambil pulak baton SPM yang ammi pass sekejap kat cousin ammi untuk anak.  

0 comments