Bulan Oktober ammi macam kurang entry je. Bila tengok balik kat photo gallery, memang gambar pun ammi tak banyak ambil. Ko dah kenapa Sharmila?
Ada few gambar kita masak, mehlah kita kongsi je kat sini.
Ini salah satu hari 2 minggu sudah. Abah kalau tak masak dia akan whatsapp awal bagi tau dan nanti dia akan tapau ikut apa yang ammi request. Tapi hari kejadian tu, macam ehhhh tak rasa nak makan apa-apa pun sebab macam tak lapar masa kat dalam bus. Jadi tak adalah order apa-apa.
Sampai rumah, dah mandi, dah solat maghrib semua ehhhh barulah rasa lapar. Abah dan Alip memang tak ada kat rumah selalunya hingga selesai Isyak. Ingat nak buat wrap telur je tapi macam instant noodle lebih memanggil-manggil.
Takde sawi, kobis pun bolehlah, janji ada sayur. Pastu ko tak larat habiskan, ko tinggalkan je kat bawah tudung saji sebab nanti abah balik dari surau kita paksa dia habiskan.
Ni menu ammi masak masa Awish ada kat rumah. Buat kurma ayam, pedal belado dan beans goreng with minced chicken. "Awish nak kentang ammi, awish nak mato-mato", katanya. Ohhh handal budak ni makan tomato.
Lauk kurma ni ammi masak banyak uolllss sebab dah plan hari Ahad taknak masak. Kita repeat. Ahakss. Dasar pemalaskan?
Pagi Ahad ammi buat fried udon for breakfast. Buat basah-basah sikit. Lupa beli sawi jadi kita masukkan daun bawang frozen jelah dalam ni nak bagi nampak hijau sikit-sikit.
.png)
Rebus juga keledek oren ni. Ok, saya dah tau cara rebus, takyah kupas kulitnya, just basuh bersih je. Masa nak makan baru kopek kulitnya tapi mana yang melekat takleh buang tu makan jelah...apa ada hal?
Hari Isnin, sebagai orang yang bekerja di negeri Selangor kami bercuti. Alip ke sekolah macam biasa, dia balik dari sekolah dia tak makan pun sebab katanya masa rehat dia dah makan 2 pinggan nasi lemak ayam. Amboi.
So, petang ammi buat beef lasagna je. Ini cubaan ammi buat semua from scratch (kecuali lasagna sheet). Selalu ammi beli frozen lasagna yang tinggal nak masuk dalam oven tu je.
Terlebih garing pulak cheese kat luar tu, tapi tak apa, kita makan je.
Lasagna sheet tu ada bahagian yang agak liat, makan sepotong tu masih ok lagi nak kunyah, lelama kita ketepikan je sheet tu mana yang liat, kita makan habiskan je daging yang sedap itu. Hahhahah nak juga kata daging tu sedap. Tapi betullah sedap daging tu kita buat tau.
Ammi guna instant lasagna sheet San Remo ni. Ammi gigih gi tengok balik kotak kot-kotlah kena rebus dulu ke sebelum layerkan. Tapi katanya tak perlu masak, guna je kepingan tu.
Ammi rasa sheet tu jadi liat sebab kurang Bechamel sauce tu kot..ammi tak reti nak bajet jadi macam cukup2 je untuk layerkan nipis-nipis. Next boleh buat lebih sikit kot.
Anak-anak insyaallah akan complete semua minggu ni, mungkin kita boleh repeat lagi.
Itulah saja apa yang ammi masak. Memang selepas tu tak masuk dapur langsung ammi ni.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments