Sepanjang follow diet plan ni ammi kena makan ikut apa yang coach dah set. Makan ikut meal plan. Setakat few days ni masih oklah sebab macam sedap pulak menu ni.
Ammi join diet programme bukan sebab nak kurus ramping macam dulu-dulu tapi nak mencantikkan BMI ammi je. BMI sekarang adalah OVERWEIGHT. Nak kurangkan berat ke berat yang sesuai dengan ke"rendahan" ammi ni supaya ammi kekal sihat. Risau juga bila umur baru 47 tahun tapi lutut ammi dah bermasalah. Ammi commute daily dengan public transport jadi kekuatan kaki dan lutut tu memang sangat penting.
Hari pertama 10.11.2026 bila kita kena timbang diawal pagi, inilah berat ammi. Kita tengoklah macam mana perginya nanti.
Simpan kat sini jelah apa yang ammi makan sebab ammi nak delete gambar dari gallery. Every day kena submit gambar ke coach dalam group dan mana yang tak sesuai coach akan komen.
Untuk adjustment meal, coach ada bagi 3 recipes for lunch. Tapi sebagai orang yang malas kita buat satu je sebab ammi masak sekali harung je dan masukkan dalam fridge. Malaslah balik kerja pastu nak bergaduh-gaduh kat dapur sediakan makanan. Telur tu pun ammi rebus je sekali 6 biji terus pastu simpan dalam fridge. Sup je balik kerja buat lelaju.
Untuk hari pertama ammi guna ikan selar tapi hmmm saya memang ada masalah "love hate relationship" dengan ikan selar. Ammi pun memang jarang sebenarnya masak ikan selar kat rumah, tapi haritu gedik pulak capai ikan selar sebab nampak dia gemuk. Tp beli 1 selar, 1 kembung dan 1 sliced jenahak.
Ammi rasa ammi lebih suka ikan kembung. Yes, lepas ni kita stick kat ikan kembung jelah...nak pakai salmon ammi bukan orang have-have. Ahaks. Itu sup cendawan tanpa minyak pastu kenalah letak any vege. Recommended untuk guna green veges.
Coach komen kata "sila kupas dan potong telur sebab nak tengok samada telur masak sempurna". Baiklah.
Hari ke 3 - untuk lunch kita pakai ikan mahal sikitlah. Ammi bakar ikan jenahak sekeping ikut resepi yang coach bagi tapi ko gatal eh letak serbuk kari sampai sesudu besar macam nak buat masak kari. Buah pulak takde nak 1/2 biji je buah naga tu...ammi makan sebijik terus. Ahakssss... mmg suka derhaka budak Sharmila ni.
Hari ke4 dah boleh makan roti dan peanut butter for breakfast. Tapi kena pilih yang no sugar dan unsalted. Lunch ammi tak masak pun jadi masa kat kedai tu carilah apa menu yang sesuai untuk kita.
Malam ammi tak sempat nak buat sup, jadi makan jelah telur rebus dan salad pastu ko minum air bebanyak nak bagi perut tu kenyang. Ahaks.
Hari ke-5 ammi guna ikan merah yang dibakar. Ammi marinate ikan tu bungkus dengan aluminium foil pastu bakar dalam airfryer jelah sebab malas nak balik-balikkan ikan tu kalau bakar atas pan.
Digestive biskut ni sedap tau uollss..makan 2 memang terasalah kenyangnya.
.png)
Hari ke-6 untuk lunch ammi tak masak. Kami nak hantar Kyra balik tapi sebelum tu nak hantar Kyra ke kelas memandu dia yang last. Kelas pulak pukul 11.30 pagi baru start, malas nak gedebuk gedebang jadi ammi decide makan diluar jelah walaupun tak digalakkan. Kalau ikut meal plan, hari ke 5 dah boleh start makan ayam tapi stok ikan masih ada. Bila diluar ayam semua yang bergoreng, jadi ammi ambillah ikan asam rebus dan sayur taugeh. Rasa tukang masak kedai ni memang takde deria garam kot...tawar hebeh pulak taugeh dia.
Patutnya sarapan hari ke-6 adalah telur 2 biji dan salad tanpa roti. Tapi ammi nak habiskan wholemeal bread tu jadi kita makan jelah roti tu. Budak-budak kat rumah ni takde sorang pun yang suka wholemeal bread. Apsal ntah. Sedap kot range gardenia yang summerset cottage ni.
Petang balik hantar Kyra sempatlah cari chicken breast, tapi dukacita breast takde yang ada keel je. Bolehlah daripada ammi masak drumstick kan ahakss. So grill lah sekali 2 portion.
Ammi bertahan minum air lemon je ke? Memang taklah uolllsss. Coach kata boleh minum black coffee or green tea without sugar. Jadi memanglah kita pilih kopi. Apalah artinya hidup ini tanpa sihatim itu.
Sepanjang seminggu ni ammi rasa tak ada waktu yang ammi lapar, jadi persoalannya berkurangankah kilo ammi ni? Suspen juga nak timbang hari Ahad nanti.
Psstt...lunch harini last makan nasi. Esok tak ada menu nasi. Ngeri.
0 comments