Melabur sekali sekala

Hari Jumaat 6.11.2026, Alhamdulillah keluarga kami cukup korum.  Kyra mula cuti semester untuk tempoh 10 hari dan Khilfi pula cuti hujung minggu + Deepavali.

Hari Sabtu, 7.11.2026 kami attend wedding anak kepada sepupu abah di Bandar Sri Permaisuri.  Eh rindu pulak tempat ammi "membesarkan badan" ni.  Rumah kami dulu berjiran di Sri Permaisuri.  Kalau bosan cari makan di tempat sendiri, disinilah kami merambu.  

Tapi sebelum keluar rumah kita buat jelah apa sarapan yang ada kat rumah.  Abah tak sempat pulak nak stock up barang dalam fridge.  


Goreng je apa yang ada.  Ammi lupa ammi beli mi segera Vits yang mana.  Rasanya yang jenis Vit's Instant Pan Mee tu sebab dia leper-leper sikit.  


Pastu suruhlah chef Khilfi buatkan telur mata.  Nak yang gedik tapi takde satu pun yang gedik.  


Selesai makan-makan kenyang perut di majlis ni kami geraklah balik.  Nak lepak berlama-lama macam ramai pulak tetamunya dan dewan agak sempit.  Kami ni kalau nak buat kenduri kena set 5-6 meja untuk sepupu dan adik-beradik yang kalau dah jumpa memang melekat disitu.  Tapi yelah, itu jelah masa nak kumpul reramai bila usia semua semakin meningkat, pergerakan semakin terbatas.


Kami ke Sogo je sebab nak carikan budak ni kasut.  Yang dibelakang tu pulak nak cari boots bola.  Rasa macam baru tahun lepas beli.  Ke konsep dia memang tiap tahun kena beli?  Macamkan pemain bola professional pulak kekdahnya ya.


Ammi rasa Khilfi ni sespesis dengan ammi.  Bila tempat tu sesak atau pack dia jadi jam otak tak tau nak memilih.  Nampak tak, kakak yang kena tolong carikan.  Sua itu ini dikaki.  Ada yang dia suka tapi takde size.  Yang ada size tak sesuai pulak dengan keinginan dan bentuk kaki.  Hmmmm.

Sudahnya tak beli kasut tapi dia beli bola je sebijik.


Kakak berkenan sangat dengan kasut purple ni.  Kain jenis macam velvet gitu.  Tapi aishhhh ammi pulak tak kenan.  Bila tunjuk kat abah, abah pun macam, ini kasut futsallah kakak.  Ahahahhaha asal boleh je anak ammi ni.


Sudahnya ini yang dibeli.  Ammi try sarung dah rupa macam pakai kasut Ronald McDonald korang.  

Alip nak beli selipar basahan tapi takyahlah beli kat sini.  Apo selipar je sampai RM69.  Kita gi Mr. DIY je sudah.  Bukan nak pakai selipar tu 3-4 tahun pun.

Selepas disini kami pergi mana pun ammi tak ingat.  Gitulah bila takde gambar dirakam.  Kami makan apa for dinner semua tak ingat.  Aishhhh teruk betul ingatan ko ni Sharmila.

0 comments