Hujung bulan lepas anak buah ammi sebelah abah menikah. Alhamdulillah, dah 4 orang anak Siti (adik ipar ammi) nikah. Beza umur Siti dengan ammi dalam 3 tahun je tapi ohhh noooo anak saya bila boleh kahwin ni? Hahahha
Hari Jumaat 31/10/2026 majlis nikah berlangsung di pejabat agama je. Hanya yang perlu sajalah pergi, kami duduk jelah dirumah menunggu ketibaan tetamu.
Yeayyyy dah nikah. Anak buah abah yang perempuan ni. Iliyana dan pasangannya Asyraff. Anak-anak Siti ni kalau yang perempuan semuanya cakap alahaiiii lemah lembut je. Kecuali dak Olin anak Siti yang nombor 2. Hahahahh Olinnnnn mandak tengah ngata awak ni.
Nak dijadikan cerita, jodoh anak buat ni satu taman dengan kak SA rupanya.
Lepas habis majlis nikah gedebak gedebung tetamu belah lelaki semua dah balik, kami tolong-tolong kemas sikit pastu mohla balik ke rumah adik ipar sorang lagi. Sempatlah ammi mandi, baring-baring terlelap dan tiba-tiba kakak ipar di rumah sebelah call ajak gi makan.
Macam biasa, KakLang kalau balik Melaka memang rindu betul dia dengan Mi Udang D'Ribut Padang Kemunting, Pengkalan Balak ni.
Ammi order kueh tiow udang. Nak cari kuehtiow kena beriya selak udang tu dulu ye...
Pepanas ni ammi minum jelah kopi o ais. Ahhh lega betul rasanya.
Dah sampai kampung takkanlah tak singgah di "rumah" mak abah. Kita singgah jap, bersih-bersihkan kubur, sedekahkan apa yang patut dengan dipimpin oleh anak buah yang dok mencangkung tu. Dak Rawi Thaqif.
Esoknya, kenduri di sebelah perempuan bertemakan silver. Matilanakkkkk warna mendung ni nak pakai silver. Kita pakai kelabu jelah.
Jadilah baju tu warna grey ada glitters sikit. Baju ni last ammi pakai tahun 2015. Baju masa adik lelaki ammi nikah dengan bekas isterinya. Pastu ammi tak pakai langsung sebab lengan baju ni macam besar. Gigihlah ammi gi hantar alter 2-3 hari sebelum majlis. Mujur muat lagi.
Bergambarlah juga berdua walaupun kecik besar kecik besar je isteri ni pandang suami bila dia taknak pakai kasut. Ehhhhh kalau ada gunting rasa macam nak gunting je selipar tu jadi dua biar dia terpaksa pakai kasut.
Kami tak lama pun disini sebab kami ada masa 2 jam je untuk jenguk Khilfi di asrama (dari 12.30 hingga 2.30ptg) sebab pukul 2.30 petang dia ada kelas Biology. Exam weekkan, jadi kelas non-stop. Begitulah tingginya harapan guru-guru supaya anak tu faham, capai target. Mujur juga majlis ni dibuat di sekitar kawasan MITC Melaka tu je, jadi pantas jugalah kami sampai ke MOZAC lepas carikan lunch untuk Khilfi dan kawannya.
Alahaiiii cantik dan handsomenya dorang ni. Kitorang macam "ada anak nanti mesti cantik-cantik anak dorang".
Selesai ziarah Khilfi (first time ok ammi tak snap gambar), kami terus je ke Kuala Pilah. Kita bagi sokongan moral untuk anak sulung pulak sebab Isnin (2/11/2026) tu dia akan mula exam pulak.
Bila mereka berdua berjumpa. Kyra cross the road sebab dia nak recce harga satu tin biskut tu.
Hari Ahad majlis sebelah lelaki dibuat di Seremban 2. Tema kami kalini nude pulak. Ok, konsepnya pakai juga apa yang ada.
Ha sapa yang masih tinggal marilah bergambar. Alip dan dadek memang tak boleh berpisah kat depan tu.
Sama pulak dua ketul ni berkopiah. Macam berjanji pulak padahal sorang datang dari Melaka, sorang dari Seremban.
Ini cucu kami Izz Adam Mikael. Cucu yang keberapa ntah....nenek lost count dah. Putih melepak sungguhlah dia ni.
Pak Haji ni, kalau ye pun nak berjimba kopiah tu letak le tepi dulu.
Sekianlah saja entry majlis perkahwinan Iliyana dan pasangannya Ashraff. Terasa macam keretapi pulak ammi buat entry ni.
Semoga korang berdua berbahagia selalu, banyakkan komunikasi, luahkan perasaan jangan dipendam bila ada masalah, bawa berbincang. Ada masa dalam perkahwinan manis macam gula, ada masa ehhh tawar pulak, ada masa terlebih masam, jadi pandai-pandailah adjust "rasa" itu.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments