Berjaya tapi gagal

Saya kembali lagi di bulan November.  

Minggu terakhir bulan Oktober ammi kurang sihat sikit.  Kerja pun cuma 2 hari je minggu lepas sebab demam dan sinus.  

Kisahnya korang, ammi kan baru bulan lepas berjaya pasang top commenter widget kat blog selepas few attempts ammi gagal.  

Sepanjang Oktober tu ammi nampaklah nama kengkawan berubah-ubah ambil posisi.  Sekali kan.... ammi tak teringat pun nak screenshot di penghujung Oktober tu sebab kita busy di rumah orang kahwin.

Tau-tau pagi 1 November tu ammi tengok ehhhh dah kosong je kat ruangan top commenter tu dan dia dah masuk siap-siap "November 2026" kat atas tu.  Ahaks.

Nampak gayanya kena set kat calendarlah tiap-tiap hujung bulan untuk screenshot.


Ada ke cara boleh retrieve semula counts untuk Oktober tu?  Kalau ada sesapa tau bolehlah share-share ngan ammi ni ye.  Tapi sambil-sambil tu ammi nak cuba gaklah tanya kat ChatGPT tu caranya sebab dialah juga yang tolong ammi buat html widget code ni pun kan.  Tau buat takkan taktau cara nak cari penyelesaiankan??  Ahaks.


20 comments

  1. Alamak. Bab widget ni saya pun failed jugak. Bulan Julai lepas nak generate top commentator widget pun kena mintak tolong Kak Retna.

    ReplyDelete
  2. Lama dah tinggal edit-edit blog widget ni. Tak dapat nak bantu

    ReplyDelete
  3. alamak...x reti la pulak..dia mcm arkib..
    cuma renyah ammi..

    ReplyDelete
  4. Saya baru sempat nak BW. Salam hari Selasa.

    ReplyDelete
  5. Maaf la Ammi, tak dapek nak nolong.
    Blog kita takde widget ni. Nak ibstall pun tak reti 😅

    ReplyDelete
  6. widget top commentator kat blog saya pon ntahapa2ntah... tak la betul ke tak pengiraannya

    ReplyDelete
  7. Kena tanya chatgpt semula. Maybe dia boleh bagi coding untuk dari 1 okt - 5 nov ke sebagai contoh. Lepas tu nanti reset la semula kot.

    ReplyDelete
  8. Berjaya tapi gagal tu kira samam macam 'dekat tapi jauh' la eh?

    ReplyDelete
  9. Bab widget ni bukan kepakaran kita la. Mungkin ada yang terer di kalangan kita ni.

    ReplyDelete
  10. kalo dh terlepas tu, mmg babai..kena tgu nov la plak utk capture

    ReplyDelete
  11. MZ tak reti...dan lom psg lagi widget ni kat my blog ...pun sbb tak reti nak godek2

    ReplyDelete
  12. Kalau set by bulan memang dia akan refresh setiap 1hb.. Sha pun dah tak berapa ingat setup widget top commentator ni..

    ReplyDelete
  13. kalau pakai yg jenis biasa punya widget tu boleh jg sy bantu ;-)

    ReplyDelete
  14. Bab teknikal begini, saya memang menyerah lah kak 🤣🤣. Blog saya saja , urusan teknikal yang handle teman saya 😂

    ReplyDelete
  15. Tiba-tiba nama kita atas sekali.. Hari tu la.. 🫣🫣

    ReplyDelete
  16. aku pun x pandai coding & install widget bagai ni..mujur semua dah siap masa dr mula dulu

    ReplyDelete
  17. Udah berjaya ke belum tu?
    Maafiin.. tiada kepakaran🫣

    ReplyDelete
  18. Awal tahun ni CCL ada rukar template blog . Sekali masukkan coding html utk top comment terus tak appear .. mau gelabah juga la cari coding . Mujur CCL backup coding template lama sebelum tukar

    ReplyDelete