Petang hari Jumaat tu lepas makan tengahari, anak-anak dah sibuk dengan aktiviti memancing depan bilik. Excitedlah sebab letak je pancing terus dapat ikan keli.
Hampir ke pukul 5.30 petang, abah dah heboh lapar. Ehhhh pukul 3 tadi baru je lunch, tetiba dah lapar. Along ammi dan sepupu masing-masing dalam bilik dorang. Ammi whatsapp je kata kitorang nak keluar minum petang sebab dalam itinerary memang kata ini waktu "bebas". Tau-tau bila kami hampir sampai di tempat yang dituju, dorang pun minta share location.
Ammi search je mi udang sedap Sekinchan dan google suggest Mi Bandung Udang Seaview di Pantai Batu 23 Sg Nibong. Ammi tak perasan pun dia tulis Mi Bandung Udang....sebab ammi cari mi udang.
Sampai dilokasi kita ambillah gambar dulu. Waktu ni sekitar jam 5.50pm gitu. Air laut pun tengah beting masa ni.
Bila dah sampai sini baru teringat kami pernah makan di area sini dulu lepas balik dari Pulau Pangkor di tahun 2022 dulu. Tapi waktu tu kedai belah belakang masih tutup sebab waktu tengahari kan.
Kita duduklah di kedai belah tepi laut pula. Kat sini bolehlah layan group busking.
Antara menu-menu yang ada...harganya oklah biasa-biasa je.
Kami order mi udang, mentarang bakar, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Ini first time ammi try mentarang and not bad rasanya. Ammi ingat rasanya macam kerang tapi taklah...dia lebih kenyal lagilah dari kerang. Sotong goreng tepung tu sedap dan bukan konsep goreng tepung sotong hilang tu.
Tang mi udang tu agak confuse rasanya. Dia ada kuahnya pekat macam rasa mi rebus. Sedap cuma dah terbiasa kalau mi udang tu kuahnya cair sikit.
Kerang memang budak berdua ni layan sungguh-sungguh walaupun sambil makan sambil gaduh. Ehhhh tengah makan pun nak gaduh.
Meja kami dah hampir selesai hidangannya baru yang lain sampai. Ehhh slowlah korang ni...itulah sebabnya ammi tak suka berkonvoi.
Tengah-tengah kami berborak tau-tau Alip & Abah dah hilang. Khilfi kekal di meja tak berenggang dengan handphone yang bakal "berpisah" dengan dia in 2 days time.
Tau-tau ada orang hon. Rupanya Alip yang bawak motor. Tapi punyalah slow dia bawak sampai ammi rasa macam nak pergi belakang motor tu dan tolak. Berapa ntah harga motor ni, RM20 untuk 30 minit ke, RM30 untuk 20 minit ke...confuse dah mana satu.
Masa nak balik tu sekitar jam 6.50 petang, eh tau-tau air dah pasang dah. Tak perasan pun bila air tu pasang.
Dalam gambar macam gelap, tapi terang lagi waktu ni sebenarnya. Kan saya dah kata bagilah kamera mahal yang harganya RM24,000 (macam kes abang grab tu) pun belum tentu gambar saya cantik.
Memandangkan kami boleh solat Jamak, takdelah rushing sangat balik. Singgahlah dulu cari air, cari ais, cari kuaci untuk melepak-lepak depan bilik malam tu.
Nampak kerang, sedapnya. Lama tak makan.
ReplyDeleteComel je motor Alip dan Abah naik. Macam nyaman je suasana petang di Sungai Nibong tu. Menarik juga ni. Cantik gambar sunset.
ReplyDeleteSeingat saya pun mie udang kuahnya cair, dan mie bandung pekat. Ternyata ini jenis mie bandung ya kak 😅
ReplyDeleteKalau menu seafood, tak mungkin tak sukaaa 😍😍😍. Apalagi celup tepung tuh ..
Aneka kerang saya juga suka... Walau tergantung juga dengan saus cicah dia.
Motor anak2 yang di bawa Alif, saya jadi ingat dulu saat si bungsu masih tadika pernah saya belikan motor macam itu, tapi lebih keciiiil lagi dan tak bisa orang dewasa duduk belakang juga. So memang untuk anak2 kecil saja.
Dipakai lah oleh dia untuk ke tadika 😅😅. Deket rumah saja... Babysitter dia jalan di samping menemani kan.
Tapi tuhlaah, jalannya tak mungkin cepat 🤣🤣. Namanya pun mainan. Babysitter pun rasa macam nak tolak biar kencang sikit. Krn kalau jalan kaki cuma sekitar 2 menit sampai. Sementara naik itu jadi 10 menit 😂😂😂
Cute je 2 beranak tu naik motor hehe...
ReplyDeleteNak masuk list la JJCM sini. Nampak best
Ehh..apesal akak pi Sekinchan hari tu takde pun tempat makan cenggini...ater nak kena pi lagi sekali ke apa ni...
ReplyDeleteTu yang mendatangkan semangat kalau memancing. Letak je dapat.
ReplyDeleteKalau kesana, mesti try mentarang tu kan. Popular di Sekinchan.
Mungkin jenis mi udang sana pekat sikit kot kuahnya Ammi.
Banyak betul kerang setalam tu, puas makan. Memang layanlah dorang kan.
Rileks lah Ammi, member tu baru belajar nak bawa motor. Jangan nekan-nekan dia.
Cantiknya suasana sunset kat sini. Best juga dapat makan kat sini dan dapat menikmati view lawa kat sini kan.
sedapnya mee udang...kerang bakar lama xmkn
ReplyDeleteLepas ini nak healing tengok laut juga waktu matahari terbenam.
ReplyDeleteBestnya layan mentarang dengan indahnya pantai bila matahari terbenam. Kat situ layan seafood sedap sebab fresh dari laut
ReplyDelete