Sumbangan Pelajar Cemerlang

Hari Isnin lepas juga ammi dapat WhatsApp daripada Pejabat DUN Sikamat, bagi tau akan ada majlis serahan sumbangan Pelajar Cemerlang SPM 2025 petang nanti.  Alhamdulillah.



Ammi dapat message sebenarnya sebelum ni kata Pejabat DUN Sikamat nak bagi sumbangan kecemerlangan.  Syarat utamanya adalah alamat pelajar dan salah seorang penjaga perlu di DUN Sikamat.  Oooppsss... IC Kyra masih beralamat di KL.  Tapi alamat ammi lepaslah.  Takpe, kita cuba je mana tau ada rezeki dan ammi isi je borang tu dan submit beserta dengan dokumen sokongan yang lain.  Alhamdulillah, kalau dah namanya rezeki.

Majlis dibuat hari Rabu jadi ammi tak dapatlah pergi.  Abah jelah yang teman kakak.  Kyra hantar gambar, punyalah ramai manusia.  Rupanya, majlis bukan hanya untuk bagi sumbangan pada pelajar cemerlang tapi juga pada warga emas dan ibu-ibu tunggal.


Abah pergi dengan tak bersiapnya.  Abah tak expect pulak ibu ayah pun boleh naik pentas sekali.  Renek je rupanya MB Negeri Sembilan ni ye...ammi pun tak pernah jumpa dia face-to-face walaupun ammi pengundi di kawasan dia.  


Terima kasih Tok Min.  Alhamdulillah, dapat RM350 dan bolehlah buat topup simpanan sedia ada.

Post a Comment

3 Comments

  1. tahniah kyra...dpt sumbangan pelajar cemerlang

    ReplyDelete
  2. Syukur...rezeki tak salah alamat kan...

    ReplyDelete
  3. wah...alhamdulillah..rezeki tu...jarang dengar ada dapat untuk pelajar...linda dulu2 tak dapat pun.. hahaha..selalu memang warga emas jelah

    ReplyDelete