Download semula BookDoc

Minggu lepas masa blogwalking di blog Cie dan terbaca post dia tentang Cabaran Langkah Sihat tu barulah ammi ingat yang ammi pernah ada apps BookDoc ni dalam phone.  

Masa ammi tukar phone tahun lepas ammi tak auto download semua apps sebab ammi yang transfer sendiri semua benda dalam phone (kita amaturkan)...jadi ammi download mana-mana apps yang ammi ingat je.  Slowly baru download satu-satu.  Tapi tulah, benda menyihatkan itulah yang paling payah nak diingat.  

Bila nampak posting Cie, terus je ammi install semula.  Ahaksss..


Last updated weight 10.12.2024.  Huhuhu...jauh dah ammi tinggalkan angka 64 tu.  Sekarang dah kena tambah 1.7 kat belakang angka tersebut.  Nyampah.  Kalau dulu pun BMI dah merah menyala sekarang apatah lagi.


Teruslah klik cabaran 100,000 steps ke Munich untuk May 2026.  Takat hari Isnin haritu, barulah 10% je steps ammi.  Kat rumah, ammi jaranglah pakai jam.

Harap-harap dipertengahan May ammi bolehlah complete 100,000 steps ni.

Ammi pernah join berjalan ke Hang Zhou, Osaka, Toronto.  Bajet-bajet je kamu ni Sharmila.  Semua ni join secara virtual je.  Sekali dua je sign up untuk fizikal challenge tapi itupun kalau takat 3k bolehlah.  Orang lain dah sampai 20 minit awal, ammi baru hegeh-hegeh nak sampai garisan penamat.

Semoga kaki saya kuat untuk berjalan.  Lately ni lutut ammi memang tak bagi kerjasama.  Bila dah duduk lama dalam bus, nak bangun tu pun payah.  Hmmmm sedih saya.

By the way...thanks again Cie sebab tolong ingatkan ammi.

Post a Comment

0 Comments