Hari Sabtu lepas (16.5.2026) ada lawatan di sekolah Khilfi dan ammi paksa abah untuk pergi. Eh jangan main-main ye kalau mak dah rindu kat anak.
Pagi buat cekodok ikan bilis + jagung pastu cicahlah dengan baki kuah asam pedas daging semalam.
Lepas sarapan, teruslah ammi masak bekalan nak bawa ke sekolah Khilfi. Buat spaghetti aglio olio guna seasoning yang lalu lalang di TikTok. Pastu ko pelik sebab kuat nau rasa garlic. Buat juga grilled meatball dan ayam goreng. Tak ambil gambar pun sebab lupa.
Hampir nak sampai sekolah, Dak Apis (adik ipar ammi) pun ada kat situ sebab dia pun visit anak bujang dia juga.
Mikael (berbaju putih) dan Khilfi, dua cucu atok yang setakat ni berjaya teruskan legasi belajar di MOZAC selepas 3 orang anak atok. Siapa seterusnya? Miqa Hateef si budak lelaki berbaju biru ni nampak ada potensi besar. Darjah 1 tapi selamba je bila kita tanya dia soalan Math (operasi bercampur contoh 151 x 4 + 2 - 10) dia jawab macam ada calculator dalam otak.
Dak Apis tak lama pun sebab petang dia kena buat locum.
1 happy family. Khilfi baru je habis pertandingan softball yang berkesudahan sekolah dia kalah teruk. Ahakss...ater, team practise seminggu sebelum pertandingan. Itu pun sekejap-sekejap je.
Another shot sebelum berpisah. Khilfi ada meeting dengan team member untuk projek ke Jakarta. Kami berempat nak ke town sebab nak cari barang kakak.
Khilfi share keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT). Masa Ujian Diagnostic 1 (UD1) ada banyak C dan 1D tapi masa PPT takde D tapi ada E. Acaner ni? Hmmmmm... please improve.
Selesai disini, kami pun selesaikan juga rukun islam ke-2 pastu jom kita ke tempat kerja anakbuah abah di AEON Bandaraya. Boss ammilah ni. Dia racun ammi dengan tablet yang satu ini dan ok...not bad. Ada fungsi macam laptop, jadi instead of belikan laptop kita belikan tablet je untuk Kyra.
Kat kedai anakbuah ni ada warna pink saja. Mujur juga yang nak beli ni pun girl...dan dia pun oklah untuk ambil pink. Aterrrr....kalau tak ambil disini, abah ammi ubah keputusan karang melepas tak dapat.
Yeayyyy... cadangnya nak beli yang ditangan kakak je. Tiba-tiba kat tangan abah pun ada plastik juga.
Gunalah sebaiknya ye kakak untuk memudahkan kakak masa belajar. Jaga elok-elok, jangan tinggal merata. Kita tak petik duit dari pokok depan rumah.
Habis disini, takkan nak balik. Apa hal? Itu kita sambung nextlah. Ponek den nak menaip.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


0 Comments