Janji atas baju

Sibuk betullah budak ni.  Punyalah banyak ruang atas katil, kat atas baju juga dia nak landing.  

Masalahnya ammi park baju kat situ sementara nak tunggu abah gantungkan kat dalam almari, seboleh-boleh dia nak juga baring kat situ.  Tak lurus pun takpe.  Badan dia separuh atas katil, separuh kat bawah.  Gitu pun boleh.

Kenapa ammi tak gantung je terus?  Padat nau tempat baju abah tu payah ammi nak selak-selak pastu nak sangkut.  Untuk abah, ammi tak lipat pun t-shirt semua, ammi gantung je sebab pengalaman mengajar saya.  Masa baru kahwin, ammi lipatlah t-shirt, baju melayu semua tapi ehhhhh sakit hati kita wakkkkk.  Isnin kemas, Selasa dah condong sikit, Rabu dah lain macam perginya.  Sudahnya, semua baju abah ammi gantung je.  

Seluar dan kain-kain pelekat je ammi lipat.  


Elok pulak baju tu pun tak jatuh dari katil.


Bila ammi kejut dia bangun, buka mata kejap pastu tidur balik.  Eh ngantuk betullll.

Post a Comment

0 Comments