Beriani in the house

1.5.2026 adalah ulangtahun perkahwinan abah ammi yang ke 22.  Alhamdulillah, cukup segala rasa manisss, masam, tawar, kelat, pahit, kadang-kadang tawar hebeh, ada masa manis leting.

Jadi ammi buatlah special sikit untuk lunch.

Ini kali ke-2 ammi buat beriani kat rumah.  Sebenarnya ammi rasa buat nasi beriani ni lagi mudah sebab ko tak perlu renyah nak tumis beria, pecah minyak, pecah itu ini.  Ko tumis-tumis sikit pastu lebur je apa yang nak dilebur.  

Pagi tu lepas sarapan abah ammi ke Econsave yang baru buka di Ampangan.  Ini first time ammi sampai.  Rupanya pagi tu Mummy Ayu join Fun Run kat area tu.

Tetengah mencari sayuran dengarlah pengumuman harga udang.  Gi nyibok tengok orang keluarkan udang dari bekas simpanan...eh bolehlah tahan besarnya.


Murah sangat..biasanya kalau yang sedang ni dalam RM33++ abah kata.  Jangan tanya ammi, harga telur sepapan pun ammi tak alert.  


Sebenarnya pada ammi yang sedang-sedang gini pun dah sedap.  Kalau yang besar sangat entahlah macam kurang sedap di tekak ammi.  Sotong pun sama juga...kena yang sedang-sedang je.


Ambik gambar ni sebab nak tunjuk kat kakak ipar ammi di Senawang...


Tadaaa...siaplah nasi beriani ammi.  Lupa pulak 1st May 2026 jatuh pada hari Jumaat.  Jadi kita makan lepas balik solat Jumaat jelah.

Ni beriani apa?  Usah ditanya, ammi beli je rempah Faiza tu pastu campur dengan rempah apa yang ada kat rumah.  Ikut suka janji cukup rasanya sebelum masukkan beras.


Kyra tolong buatkan cucumber raita 


Udang goreng kunyit pastu gorenglah cili dan bawang gaulkan sekali.

Begitulah rezeki makan kami di hari ulangtahun perkahwinan kami.  

Post a Comment

0 Comments