Pelat

Sebab harini hari Khamis, marilah kita buat entry campak belakang.  

Memory ni naik kat Facebook hari Selasa lepas tapi saya simpan untuk hari ini.




April 2012 usia Khilfi baru 1 tahun 10 bulan.  Tapi mulut dia waktu itu...adaaaaa je benda yang dia nak cakap.  Pastu sekecik tu adaaaa je benda yang dia cakap cuba untuk buat ammi geram.

Contoh macam kat atas tu... nampak.  Dia tak sayang ammi dia...dia sayang oshong.  Cakap pun pelat lagi ada hati nak buat ammi sakit hati.


Bulu mata panjang tapi tak lentik... macam awning kat depan porch rumah perginya haha.


Masa umur dia camni lagu favorite dia ialah "sayang apa khabar dengan mu"... lagu Shae.  Korang ingat tak lagu tu?  Ammi ingat sebab dia nyanyi dengan pelatnya dan bunyi terus jadi "shayang kepa ipamu"...

Post a Comment

0 Comments