Minum petang di Kafe Harum Kopi

Hari Rabu lepas ammi sorang je keja kat office.  Boss ada urusan luar tapi kita berhubunglah macam biasa di telephone.  Tapi boss bagi hint untuk tak perlu masuk office hari esoknya which is Khamis 30/4/2026 sebab kita tak ada nak expect anything to be served or delivered to office.  Ammi cuba untuk siapkan apa yang patut supaya naik kerja nanti takdelah banyak sangat yang perlu dibuat.

Ammi deal juga dengan ada satu lagi firm kat tingkat atas, just in case apa-apa untuk dorang standby terima document bagi pihak kami.  Bila dah deal semua baru lega untuk tak masuk office.

Khamis tu Alip pun ammi tak hantar ke sekolah.  Malam Rabu tu dia tak ada suara langsung untuk bercakap pakej dengan selsema.  Mengaji pun tak pergi.  

Dah alang- alang diberikan cuti tu, lepas sarapan ammi berkemas extra sikit pastu marilah kita bersiap nak ke Bangi.  Kita gi ziarah kakak ipar (kaklang) yang bakal menjadi tetamu Allah bersama suaminya.  Sebelum tu kita makan dulu di Lauk Kampaung dan Salai Mantin.


Kemas elok bersih kedainya.  

Lebih kurang 2 jam dirumah persinggahan KakLang di Bangi kita gerak ke Melaka pula untuk jemput Khilfi.  Dah pesan pada adik ipar di Melaka untuk tolong ambil Khilfi sekali masa dia jemput anak di MOZAC.  Nanti kita "kutip" Khilfi di rumah dia je.

Sepanjang perjalanan dari Bangi elok je lancar tapi dah masuk Melaka baru jam hawau.  Time orang balik kerja agaknya.  Pastu tetiba hujan lebat lagilah melokek jamnya.

Kami tak singgah pun dirumah adik ipar.  Jumpa di pertengahan jalan je.


When number 2 meets number 2.


Borak apa ntah dua beranak ni ammi pun dah lupa.


My number 2 cakap "Memang anak nombor 2 pakai jam tangan kanan ke?".... Eh tak, arwah Atok & arwah Mutica both adalah anak ke-2 dan mereka pakai jam tangan kiri.  Kita je special ahakss.  Lebih kurang je warna kami...



Tiba-tiba si sulung pun enterframe letak tangan juga...terus ketara nampaknya perbezaan warna kami.

Kami sebenarnya singgah minum kopi berhampiran dengan tapak lama rumah abah masa dia kecil.  Tapak yang menggamit memori gitu.  Tapak kedai ni tempat permainan abah dan adik-beradik katanya.



Kami tak makan pun sebab macam takde rasa nak makan.  Lebih kepada nak minum je.


Mango Peach Delight untuk Kyra dan Aroma Milk Tea for Khilfi & Khalif.


Hot Latte satu untuk abah satu untuk ammi.  Manis latte disini...hmmm. Ammi tak rasa sweetness itu datang cuma dari susu, macam ada gula juga.


Tetiba ammi gedik tambah Matcha Polo Bun.  Sedap tapi manis sedikit.  Auchhhh.  Jadi ammi paksa sorang makan sikit.

Sebelum jam 8 malam kami dah gerak keluar.  Singgah cari tempat solat Maghrib.  Sampai Seremban, semua pun masih tak ada rasa nak makan.  Jadi malam karang kalau lapar pandai-pandailah korek apa yang ada kat gerobok tu.

Ammi terjaga pukul 2 pagi tengok lampu bilik Khilfi masih terbuka.  Ingatkan dia masih berjaga...hmmm dia dah berkeruh sampai meleleh airliur rupanya.  Telefon tak off, lampu tak off.  Begitulah life pelajar asrama.  Teragak-agak nak memilih main handphone atau tidur.

Post a Comment

0 Comments