Dalam rumah ni ammi perasan yang paling kuat tidur selain Kyra adalah Aswad. Ahakssss... sorrylah kakak, dulu masa kakak kat asrama memang Aswad yang tiada tandingan. Sekarang ada hari kakak juara, ada hari Aswad juara. Korang rebutlah sesama korang ye gelaran ratu tidur tu.
Hari Sabtu lepas, lepas je sarapan ammi kerah suami dan anak-anak (Kyra & Alip) untuk kemas rumah sebelum kita nak gerak merewang di rumah kakak ipar ammi. Ammi dan Alip basuh toilets, Kyra sapu dan mop rumah. Abah sila sapu dan basuh porch.
Selesai tugasan, ammi masuk bilik nak capai towel, ammi tengok ehhhh sedap eh anak dara bongsu ni tido atas katil. Ambooooiiiii enak kamu ya. Lepas makan tido, bangun minta makan pastu tido. Kalau tak layan permintaan dia ada masa dia gigit-gigit kaki kita. Ehhhh dia ni.
.png)
.png)
.png)


3 Comments
Jangan kat Aswad....Brown pun sama je...kerjanya membuta je lepas makan..keluar pi yak yak umah tuan lama dia pas tu balik makan and tido lagi..tinggi suara sikit dia merajuk...gitu je la hari- hari..geram betul...
ReplyDeletegaya diorang tu..memang win la...keras kejung, kita pulak risau tengok nya..hidup lagi ke mati dah.. hahaha
ReplyDeletetak senonoh betul anak dara tu tidor mcm tu... hahaha
ReplyDelete