Lama dah tak makan nasi kandar. Rasanya last makan bulan Julai 2025. Pastu takde pun teringin nak makan sampailah pada suatu hari Ahad di malam hari. Ammi tengah dinner lite-lite je sebab kononnya berat ko dah melepasi 63kg, tiba-tiba Alip dan Abah balik bersama sebungkus nasi kandar. Abah kata masa keluar dari surau lepas Isyak Alip complain kata dia lapar dan nak makan nasi kandar. Perghhhh "ilham" apa agaknya dia dapat masa solat tu ek.
Esoknya masa di office, tiba-tiba terasa nau nak makan nasi kandar. Aishhhhh ni semua Alip punya pasal. Carilah juga di grab kalau ada yang harga mampu milik. Sebab biasanya kalau dah kat GrabFood tu yang harga RM8 pun boleh jadi RM12. Cari dan jumpalah Nasi Kandar Saddam di Petaling Jaya. On jelah...



0 Comments