Satu ketika dulu anak-anak ammi memang terjebak dengan Bayblade. Yelah benda tengah viral dan hype takkanlah dorang tak terjebakkan?
Bila kami pindah ke Seremban, agak lama juga bayblade dan segala mak nenek launcher ni duduk terperuk dalam kotak yang ammi letak di loteng. Lagipun Alip tak ada sparring partner nak main sebab abangnya dah masuk asrama kan.
Masa minggu selepas Krismas tu ammi ajak Khilfi naik ke atas loteng dan kemas barang. Ammi ni jarang-jarang naik ke atas sebab ehhh tak kuasalah nak panjat tangga yang curam tu. Biasanya suruh anak-anak je yang letak barang kat atas dengan pesanan "susun elok-elok".
Ada sekali tu ammi nak ambil barang yang ammi nak, tapi Alip tak tau apa yang ammi maksudkan jadi ammi terpaksalah ammi naik. Oiiiiii terkejut ammi. Dorang dok lambak-lambak gitu je tak bersusun. Ishhhh sakit hati kita tau.
Dah mehlah bawak naik vacuum, kipas, kita kemas elok-elok. Masa mengemas Khilfi pun terjumpalah sekotak harta karun dia dan Alip.
Hari Selasa (30/12/2025) abah jemput dak Dadek di rumahnya dan terus jemput ammi sekali di office. Malam tu masa ammi dok buat kerja office di bilik Kyra ammi dengar bunyi bising dari bilik sebelah. Bila masuk tengok....



3 Comments
Habislah kuali Amie nyaaaaaaaa.......
ReplyDeleteKuali ammi jadi mangsa 😆
ReplyDeleteArghhh...ai tak boleh terima tang suara bertukar tu...sebab abang Mu'az pun sama...tak suka... 😔😔
ReplyDelete