Tak ada simen dah

Awal Disember atau penghujung November sebelum cuti sekolah, dadek terlibat dalam satu kemalangan kecil waktu buat latihan tarian di sekolah yang akhirnya tangan dia perlu disimen.  Dia kan memang aktif menari disekolah sampai pernahlah wakil Malaysia masuk pertandingan di Bandung tahun lepas.

Katanya terpijak kain yang dia pakai.  Entahlah.  Benda nak jadikan.  Malang mana ada baunya.  


Shian anak bongsu ammi ni.  


Ikut jelah mamanya ke office.

Masa dia datang rumah ammi dua minggu sudah dia tak sabar cakap nak yang dia dah boleh buka simen di tangan.  Tiap kali nak mandi dia akan datang kat ammi or kakak bawak plastik suruh bungkus tangan dia.  Sebab dia aktif sangat melompat-lompat berlari sampai berpeluh-peluh ammi cakap kat dia tangan tu nanti bila bukak simen mesti bau busuk teruk.

Hari dia buka simen tu dia whatsapp ammi...


Pastu kejap tu mamanya update di group family...



hahahha...macam-macamlah kamu ni nak oooii.

Dia pun dah serik.  Katanya dah taknak join lagi group menari tu.  Kita tengok cemana perginya "serik" dia tu.

Post a Comment

5 Comments

  1. Anak anak ni tulangnya muda lagi... cepat sembuh berbanding dengan kita yang dah kertu ni. InsyaAlllah boleh menari semula...

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat baiknya tu. Susah jugak bersimen tangan tu mujur dah boleh buka.

    ReplyDelete
  3. aik terus x nak join dah menari..boleh ke tu..bukan minat ke....

    ReplyDelete
  4. Lengan dia sudah di 'merdeka' kan!

    ReplyDelete