Outing pertama 2026

18/1/2026 adalah outing pertama untuk tahun ni.  Kami pergilah bawa anak bujang ni keluar.  Rasa macam tak best pulak kalau tak pergi sebab masa hari pertama dia daftar di asrama minggu sebelumnya (11/1/2026) ammi tak ikut sebab ada majlis bersanding Alya.  Walaupun ini tahun ke4 dia di asrama tapi perasaan tak lengkap tu tetap ada.  

Kebetulan, pertengahan minggu tu Khilfi call kata unit badan beruniform dia tak jadi ditukar.  Dia ni masa form 1, masuk Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) dan unit ni agak kurang aktif.  Jadi penghujung tahun lepas cikgu macam nak tukar PKBM ni kepada Bomba.  Memandangkan tak jadi, maka ammi kenalah cari seluar untuk uniform lengkap.  Ada peluang nak jenguk anak, kita jenguklah kan.  Dia dok pakai seluar masa form 1, dah senteng teruk dah seluarnya.  Yelahhhh dulu dia bersize "compact"...rendah dan lebar.  Sekarang dah jadi abang-abang sikit.  

Tapi masalahnya dapat beli seluar je (sebab beli seluar sekolah menengah warna hijau tu je).  T-Shirt tu tak ada dijual di kedai jual baju uniform yang lain.  Kata peniaga tu kena beli di Sungai Udang.  Auchhhh jauhlah pulak.  Ammi cari di shopee, eh ada dah laju2 jelah ammi order supaya boleh sampai ke sekolah abang sebelum Rabu.  

On the way kami nak ke sekolah tu Khilfi call tanya boleh tak kalau ada kawan nak join outing.  Ammi ok je as long as parents dia tau.  


Sekali.... ohhhh budak handsome Farish ni rupanya.  Satu dorm dengan dia dan ammi memang dah kenal pun dengan maknya.  Kami kan ada grup mak dorm temenggung (rumah merah).  

Kita gi lunch dulu, pastu cari seluar, cari kunci loker Khilfi itu ini gedebak gedebuk, solat dan jomlah kita kembali ke sarang.  Tapi sebelum tu moh le kita minum petang sikit.  Pergi ke tempat yang dedekat sekolah je.  Kami ke Mango Float Royale di Sungai Putat je.  

Sebut je Sungai Putat auto teringat voice note yang popular masa zaman covid dulu...Voice Note Nek Sapiah yang melarang cucunya "dak sapik gi beli sate kat sg. Putat".  hahahha.  Rasanya sapa yang pernah dengar voice note tu?  


Abah nak makan mi kari.  Silakan.

Lauk lunch ammi makan tadi pun macam tak hadam lagi.  Ammi minum jelah.


Budak-budak kalau nampak ramen, itu jelah yang dorang order.  Ini dak Alip punya.  Kedekut taknak kongsi.


Ini Khilfi dan Farish punya.  Dorang nak share-share je.


Macam tak ramai orang harini sebabnya banyak betul makanan yang takde.  Patutlah pun.  


Haaaa...pijau dah bibir.


Dak Farish pun sama, kering dah air dalam cawan tu plus mulut pun tak boleh nak katup dek pedasnya ramen.  Bila offer air lain taknak pulak dia..."boleh tahan, boleh tahan".  

Bye handsome boy ammi...kita jumpa lagi Jumaat ni (30/1) insyaallah.  

Mulai tahun ni untuk batch Superisme pun dah tak boleh nak pulang pilihan setiap 2 minggu sekali.  Mereka akan ada banyak kelas tambahan sebagai persediaan untuk SPM tahun depan.  Buatlah apa-apa yang terbaik cikgu demi masa depan anak-anak kami.  Kalau balik memanglah kita suka, dapat lepaskan rindu kat anak, tapi dorang ni pun macam tak berenggang dengan handphone.  

Post a Comment

0 Comments