Paling penat

Dalam rumah ni ammi perasan yang paling kuat tidur selain Kyra adalah Aswad.  Ahakssss... sorrylah kakak, dulu masa kakak kat asrama memang Aswad yang tiada tandingan.  Sekarang ada hari kakak juara, ada hari Aswad juara.  Korang rebutlah sesama korang ye gelaran ratu tidur tu.

Hari Sabtu lepas, lepas je sarapan ammi kerah suami dan anak-anak (Kyra & Alip) untuk kemas rumah sebelum kita nak gerak merewang di rumah kakak ipar ammi.  Ammi dan Alip basuh toilets, Kyra sapu dan mop rumah.  Abah sila sapu dan basuh porch.  

Selesai tugasan, ammi masuk bilik nak capai towel, ammi tengok ehhhh sedap eh anak dara bongsu ni tido atas katil.  Ambooooiiiii enak kamu ya.  Lepas makan tido, bangun minta makan pastu tido.  Kalau tak layan permintaan dia ada masa dia gigit-gigit kaki kita.  Ehhhh dia ni.


Bukan main eh...


Ke sebenarnya dalam tidur dia mimpi dia kena tahan dan polis suruh "hands up"...


Masalahnya lama betul dia tidur dalam posisi kaki dia gitu.  Tak lenguh ke ek bila bangun nanti?  Ammi tanya gak kat dia, tapi dia tak jawab.  Huhuhu.

Ayat kakak hari Jumaat lepas "harini Aswad tidurrrr je whole day.  Mula-mula atas katil kakak, pastu kakak kejutkan dia, dia turun pastu dia tidur atas meja belajar pulak, pastu bangun mengeliat bagai pastu dia panjat tangga dan tidur kat tangga pulak".....

Aswad oh Aswad...masalahnya kadang-kadang bila dia tidur, dia macam tidur mati tak dengar apa-apa.  Mak dia si Zaitun tu pulak bukan boleh kalau dia masuk rumah anak dia takde.  Dia mengiau mencari sana sini.  

Post a Comment

1 Comments

  1. Jangan kat Aswad....Brown pun sama je...kerjanya membuta je lepas makan..keluar pi yak yak umah tuan lama dia pas tu balik makan and tido lagi..tinggi suara sikit dia merajuk...gitu je la hari- hari..geram betul...

    ReplyDelete