Setahun sekali

Setahun sekali memang 'sewing department' akan dibuka dirumah.  Masa nilah nak menulis nama guna marker pen kat baju anak, jahit nametag kat baju.

Untuk Alip tak ada apa pun yang perlu dijahit sebab ammi tak ganti pun uniform sekolah baru untuk dia.  Yang tahun lepas masih elok, jadi guna jelah balik.  Kasut dan socks je ammi beli baru.

Untuk Khilfi, ada 1-2 baju perlu diganti.  Baju melayu dah senteng seluarnya.  Masalahnya seluar je tinggal, baju entah hilang ke mana (tangan ke bahu mata ke atas).  Mula-mulakan ammi ni ke Mydin je dan kat situ ada jual baju jenama C yang popular itu dan satu lagi jenama yang ammi tak suka jenis kain yang digunakan.  Yang jenama C tu elok je kainnya cumaaaaaa, dijual berasingan harga.  Baju harga lain seluar harga lain.  So, kalau beli jenama itu satu baju melayu sekolah berharga lebih kurang RM80 huhu.  

Moh kita ke Hari-Hari jelah.  Haaa kat sini satu set baru dalam RM46 je dengan kualiti kain yang lebih kurang sama macam jenama C.  Lagipun baju melayu bukan pakai setiap hari.  Pakai tiap Jumaat je itupun kalau dorang tak ada aktiviti luaran.  Kalau tidak memang pakai baju riadah je.

Baju riadah pun bertukar warna sebab tahun ni dia dah berada di menengah atas.  Dah kategori abang-abang senior.  Baju dari warna oren tukar ke warna hitam.  Jahit lencana dibaju melayu senang je sebab jahit kat poket.  Bila di t-shirt huhu...kebulan perginya.


Sebelum jahit beriya ammi letak jarum peniti di atas dan bawah.  Tapi lepas jahit gitulah dia mendaki bukit nak pergi mana ntah.  2 kali tetas jahit gitu jugak.  Dah separuh baran mujur Allah kuatkan ingatan.


Teringat ada orang share di Tiktok yang kita boleh tampal guna double sided tape pastu baru jahit.  Aishhh kenapalah dari tadi ko punya level confident terlalu tinggi sampai lupa ada cara yang mudah?


Tahun ni guna vest baru sebab memberkan dah jadi ahli Badri (Badan Dakwah dan Rohani).  Ada sekolah panggil BADAR.  Tu yang cabut nametag di vest kelabu pasang di baju hitam kat atas tadi.  Malaslah nak tempah nametag baru.



Vest kelabu beli masa masuk Form 1.  Masa tu dia size L.  Vest Hijau baru lagi dia beli dari senior yang SPM tahun lepas...dan sizenya S.  Orang lain makin lama makin besar size, dia makin lama berkurang pulak sizenya.


Pastu tengah-tengah kemas beg sekolah dia, jumpa pulak resit kena denda sebab ada buku teks yang tak berbalut masa dipulangkan.  Memang sepanjang dia diasrama ammi cuma nampak 1-2 je buku teks sebab jaranglah dia bawa balik buku teks kecuali kalau memang ada homework masa cuti sekolah.  Tak memasal je.  Tu yang tahun ni gigih dia mencari pembalut buku supaya tak kena denda lagi hujung tahun nanti.

Begitulah corat coret sebelum bermula sesi persekolahan 2026.  Gambar persediaan masuk asrama pun ammi tak ambil sebab MALAS.  Busy pun ye juga.  

Post a Comment

0 Comments