Majlis Bersanding Alya

11/1/2026 telah berlangsungnya majlis persandingan Alya & Ashwad.  Along ammi kata jemputan dia tak ramai, jadi dia pun buatlah di tempat yang tak berapa nak besar.  Sekaliiiii, di hari kejadian hambikkkkk.  Beratur orang.  Mujur tempat yang along buat majlis ni di restaurant yang ada sediakan dewan untuk majlis dan ruangan restaurant boleh digunakan.  Kalau tak jenuhhhhh.

Don't underestimate the power of online invitation ye.  Kita tak sedarkan...kita jemput guna card contohnya dalam 200 orang.  Yang kat whatsapp tu lain pula.  Tu yang menggelupur.

Ammi letak gambar pun caca marba malas nak susun sebab MALAS.  


Simple je pelaminnya sebab ada ruang yang tak begitu besar.  



Mekap di hari kejadian ok...sesuailah untuk pengantin yang kenalah outstanding daripada orang lain.  


Sebab entry ni untuk awakkan Alya, jadi ammi juallah gambar awak lebih sikit kat sini harini.  Mereka berdua berkenalan dari zaman sekolah.  Bertahun bercinta tiba-tiba putus ditengah jalan.  Masing-masing teruskan dengan hal masing-masing hinggalah mereka bertemu kembali.  Itulah yang kita katakan "kalau dah jodoh".  Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya ya.


Sebelum tetamu sampai, silalah nak bergambar.  Lepas tu jangan harap.


Yang bongsu entah hilang kemana.  Abah dan Khilfi pun kejap je.  Sebelum jam 1 mereka dah gerak ke Melaka sebab Khilfi perlu kembali ke asrama.  


The incomplete siblings.  "Memang korang kena paksa pakai jam tangan kanan ke dulu?".  Ohhh baru perasan bila ada yang tegur.  Hahah...tak pun.  Arwah adik dan ayah ammi pakai jam ditangan kiri.  Arwah mama yang pakai jam di tangan kanan.  Ammi boleh pakai dikedua-dua belah tangan, cumanya lebih selesa bila pakai ditangan kanan.


Bersama amayee (makcik ammi).  Yang disebelah ammi tu isteri kepada sepupu ammi.  Selamba badak je dia makan lauk tempoyak daun kayu.  Katanya masa kat U dulu dah biasa ikut kawan-kawan melayu gi makan makanan melayu.  


Insyaallah, next kesayangan ammi yang itam ni pulak naik pelamin.  Ni lagi teruk level taik cicak dia.


The dulang girls.  Semua pakai girls shoes, sampai kat anak ammi hmmm dia belasah pakai sneakers.


Bila dia pakai baju ammi dia yang kemetot.  Lengan itu bila ammi pakai duduknya elok.  Sampai kat dia lengan itu jadi senteng gitu.  Budak kecil ni anak buah bongsu disebelah abang ipar ammi tapi verylah clingy dengan kakak kyra dia.


Dah kenapa pengantin kena suap dulang girl?  Menyibuk betul ek dulang girl ni.


Selepas Muma meninggal, tiap kali Alya jumpa dengan adik atau kakak arwah Mama mesti dia auto menangis.  Ni tak memasal atas pelamin pun kemek-kemek muka.


Masalahnya pompuan ni...muka memang kena sentiasa bengis ke macam mana?  



Antara gift yang jemputan dapat base on first come first serve basis.  Malam sebelum majlis along dan sepupu (yang juga business partner dia) duduk gubah bunga ni.  Ammi tolong jugalah tapi aishhh apsal dorang gubah elok sampai kat ammi macam tak bernyawa je keadaan bungan tu.  Sudahnya ammi tolong masukkan dalam plastik ni koranglah adjust pastu ribenkan.  


Antara hidangannya tapi ammi tak makan pun sebab pagi tu ammi dah makan heavy breakfast.  Pastu masa majlis kena jadi runner pulak sebab orang masih beratur.  Lauk hampir habis.  Let's gooooo mencari makanan tambahan seperti yang dirancang.




Abang cameraman capture banyak gambar dia...jadi ammi pun kidnaplah satu letak kat sini.


Lepas solat ehhh dari tudung putih terus tukar ke tudung biru.  Sebab dah tak kuasa nak melilit bagai.  Patutnya sebagai dulang girls, dia pun ikutlah sekali kakak Alya ni buat outdoor photoshoot tapi dia taknak.  Kakak penat tau kutip-kutip pinggan tadi.




















Post a Comment

0 Comments