Alhamdulillah, Jumaat lepas 9/1/2026 selamatlah anak buah sulung disebelah ammi melangsungkan pernikahannya. Alya pernah bertunang tahun 2024 kalau tak silap tapi tak sampai 2 bulan along ammi decide untuk tamatkan pertunangan tu sebab "biar menangis hari ini daripada menangis esok hari". Lepas bertunang sehari dua dah nampak the true color of her fiance...hmmmm maka nyahlah kau dari hidup anak perempuan kami.
8/1/2026 ammi masih bekerja. Balik kerja lepas isyak baru ammi gerak ke rumah along yang letaknya cuma selang lorong je dari rumah ammi. Ahaks. Ammi ni plan balik kerja baru nak rebus telur masin untuk bunga telur tapi abah lagi laju. Dia dah rebuskan siap-siap dan awal-awal dah hantar gi rumah pengantin.
Tema
majlis berinai adalah
kaftan...berpeluh-peluh muka ammi sebab berduet dengan sepupu ammi siapkan bilik pengantin.
Mereka tengah berinai. Takkan kita nak melopong tengok.
.png)
Marilah tolong ammi penuhkan
balang kerepek dulu. Kyra tak dapat "kelulusan" abah untuk pakai
inai jadi no inai for her.
Ini gambar 2 hari sebelum bernikah. Babahnya terlebih tisu. Asal amik video je nangis. Baru salam pengantin lelaki masa nak akad nikah dah nangis. Alahaiiii baba.
Lebih kurang jam 8 pagi ammi sampai dirumah dan tengok
MUA tengah buat final touch up. Tapi ammi macam hmmmm mekap dia agak kureng dimata ammi. Jadi gelap satu tone pulak dari warna asal dia. Tapi benda dah jadikan...takpe. Untuk majlis sanding kita dah maklumkan pada MUA tu untuk mungkin guna teknik lain atau product lain.
Majlis pernikahan berlangsung di
Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof (auwww panjang betul nama). Disini jugalah ammi bernikah 21 tahun yang lepas. Untuk hari Jumaat ni aja ada 5 pasangan pengantin yang akan dinikahkan. Memang konsep sekarang nikah semua kena buat sebelah pagi je ke?
Kadi dah tak boleh datang nikahkan kat rumah ek?

Tema belah pengantin pompuan purple. Tapi kami ada warna purple gini je.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz selamatlah bergelar isteri budak ni.
Ada pulak adegan nak kena pujuk sebab bergaduh dengan abang. Aishhhh korang ni kan.
.png)
.png)
Semoga kekal bahagia hendaknya pasangan Nur Ibadatul Aliyah dan Muhd Ashwad Asyraf yang dipanggil Aswad.
Awak datang rumah ammi, kalau ammi panggil Aswad, awak kena dengar nada. Kalau nyaringggg maknanya ammi panggil anak kucing ammi bukan awak. Ahakss.
2 Comments
Selalu anak perempuan akan rapat dengan abahnya mesti lah abahnya sedih nak pass anak tersayang kat lelaki lain. Tahniah ammi dapat anak sedara baru yang di panggil aswad dengan nada lembut bukan nyaring,
ReplyDeleteayat last tu lawak...ngek la Ammi ni...alhamdulillah bertemu jodoh juga..nasib baik yang sblom ni berjaya dijauhkan...red flag ye..takpe la..nasib blom dinikahkan dah nampak true colours kan..Selamat Pengantin Baru duhai anak...
ReplyDelete