Rindu

Minggu lepas ke 2 minggu lepas rasanya naik memori ini kat facebook.  



Baby dalam dokongan itu adalah fighter.  Masa dia didalam kandungan, mamanya disahkan menghidap kanser.  Ada pakar di IKN yang mencadangkan agar baby digugurkan, ada yang kata teruskan.  Keputusan terakhir ada ditangan ibu dan ayah baby ini yang sekarang ni dah pun 9 tahun kalau tak silap ammi.  Dan sekarang anak kecil ini masih lagi fighter sebab dia terpaksa membesar tanpa mama.  

Rindu sangat kat kau nok sebab tidak akan ada lagi memori baru dari empunya akaun sebab memori kami terakam hanya setakat 11.03.2022 sahaja.  Perginya dia tidak berpulang lagi selepas tarikh itu.  Ammi ingat lagi di akhir hayatnya kami berkomunikasi guna voice chat whatsapp je sebab arwah dah tak boleh menaip sangat.  Jari dia semacam tak rasa.

Tapi ammi ralat sangat sebab rakaman VC tu semua ammi terlupa nak back up masa ammi tukar telephone.  

Setiap yang hidup memang pasti akan mati, tapi saya tak bersedia nak kehilangan orang-orang yang saya sayang.  

Post a Comment

6 Comments

  1. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

    ReplyDelete
  2. Sedih bila teringat kenangan bersama dengan orang yang telah tiada. Paling dikesalkan kalau ada kenangan yang tak dapat disimpan.

    ReplyDelete
  3. Sedihnya 🥹
    Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan yg fana...
    Semoga anakandanya baik² saja dan dikelilingi org² yg sayang padanya

    ReplyDelete
  4. sedihnya... al fatihah buat arwah kawan ko

    ReplyDelete