Birthday boy dan seleranya

Hari Ahad sehari sebelum birthday Alip, ammi tanya dia 


Ammi: Alip nak makan apa sempena birthday?
Alip: Makan esok?
Ammi: Kita makan harinilah. Esok Alip sekolah, ammi sampai rumah dah maghrib.  Nanti Alip nak mengaji bagai.
Alip: Boleh makan apa-apa je?
Ammi: Angguk.

Lama dia berfikir dan dia datang dengan jawapan "Alip nak makan sushi".  Aish rasanya 2 tahun sudahpun sushi, tahun lepas ammi lupa.  Tahun ni sushi lagi.  

Bila dia sebut sushi ammi dah terbayang muka abah dah.  Mesti jammmmm kepala abah kena makan sushi lagi.

Tapi demi anak, abah pun angguklah juga.  Lepas Asar marilah kita keluar.


Kami bertiga je.  Hujung minggu ni insyaallah kita kumpul ber5 ye walaupun cuma dapat untuk beberapa jam aja.  Rindu pulak ammi dengan Kyra & Khilfi.


Dulu warna kami macam taik cicak.  Sekarang tidak lagi.  Ahakss


Tetengah makan boleh pulak dia ter'pause' dan menung.  Lama juga dia termenung.


Disebabkan kami brunch harini jadi tiadalah lunch.  Dan ini kiranya macam dinnerlah juga di pukul 5.30 petang.  Ammi order beef teppanyaki untuk ammi.



Abah taknak makan 'heavy' katanya sebab malam ada kenduri di surau.  Elehhhh abah tak berselera sangatlah tu.  


Alhamdulillah, berselera anak bongsu ni makan.  

Semalam kakak call and dia tanyalah makan apa untuk birthday Alip.  Bila ammi cakap sushi dia macam "ohhhh my Godddddd, sushi again??  We had sushi masa kakak balik haritu.  Tak ada tempat lain ke Alip ni?"...elehhhhh cakap orang dia pun sama jugak dulu.  Asal birthday je nak stimbot.

Ni ammi tengah cari tempat best nak makan kat Segamat hari Sabtu ni.  Orang Segamat....mana nak bawak bebudak ni celebrate birthday?

Post a Comment

4 Comments

  1. Lama tak makan sushi, terliur la pulak tengok piring sushi bersusun tu.

    ReplyDelete
  2. bila dh suka kena repeat yg sama la kan...birthday boy tekak jepun

    ReplyDelete
  3. my boys pun suka sushi! MZ dan hubby dua2 tak mkn sushi laaa

    ReplyDelete
  4. linda boleh makan empire sushi je...sushi lain, tak reti...hihihi

    ReplyDelete