Bila dah kaki bola

Hari Sabtu lepas abah ada game bola diwaktu malam.  Main di Stadium Mini Kuala Pilah.  Celaru juga hati ni kejap nak ikut kejap taknak ikut.  

Pagi Sabtu tu cuaca agak mendung.  Bangun pagi gelap je.  Plan nak keluar sarapan tapi ada orang injured pulak kat rumah.  Si bongsu tu ada training bola petang Jumaat dan lutut dia luka.  Jalan tencot-tencot macam uiiiihhh serius sangatlah keadaannya.  Nak solat pun siap duduk kat kerusi masa sujud.  Budak drama lebih gitulah.

Jadi ammi masak jelah apa yang ada dalam peti ais.


Nasi goreng pecah telur dan gorenglah fries sikit.

Tengah hari pun masak ringan-ringan je.  Ammi buat ikan bilis goreng pastu letak cili dan bawang putih, telur dadar tomato dan makanlah dengan baki asam rebus semalamnya.  Gambar pun lupa nak ambil.

Pukul 6 camtu ok...ammi buat keputusan ammi ikut jelah abah.  Tak ikut karang apa pulak ammi nak makan kat rumah sorang-sorang.  Malas nak keluar jalan kaki ke kedai abang sepupu di depan tu.


No. 7 itu imamku.
Dia dipinjamkan ke team Legend Jempol.  


Heroku tengah beraksi.

Ini ammi rasa team veteran yang paling lincah yang ammi pernah tengok.  Laju wooo dorang main walaupun ada yang usia dah 60 tahun.  Dia lari ammi pun terkejut, macam lipas kudung kejar bola.  Dasyatlah atok-atok Jempol ni.


2nd half imam ammi ambil balik posisi sebenarnya.  Dia memang dipinjam untuk posisi keeper.  


Ha...yang diatas itu kakinya.  Begitulah perjuangan seorang penjaga gol untuk menjaga gawangnya.  Mujur abah jenis main bola bila balik rumah tak mengadu sakit itu sakit ini.  Kalau mengadu memang hmmmmm siaplah ye.  Abah kalau sakit pun dia akan urut kaki or bahagian yang sakit tu diam-diam je.



Yeayyyyy tak ada bola yang lolos.  Tahniah imam.



Anak bongsu yang awal pagi jalan tencot-tencot, nak solat tak boleh duduk bagai.  Tiba-tiba kakinya elok sihat di waktu petang lepas dia tau abah nak pergi main bola di stadium.  Wowwww...Magic!



Tu diaaaaa...tiba-tiba tak ada masalah langsung nak hayun kaki tendang bola gitu.  Dia sorang-sorang pun jadilah.  Dia pakai full set siap dengan shin pad dan dia main sorang-sorang kat tepi padang.  Kejap tu adalah pakcik-pakcik datang teman dia passing bola.  Asal break je laju dia masuk padang tendang bola sekuat hati masuk gol.  

Tendanglah bola andai itu boleh buat awak gembira.

Habis game sekitar jam 10 lebih camtu, perut pun mula berkeroncong dah.  Lepas solat maghrib tu ammi cuma order kopi je sebab taknaklah makan lelaju.  Game abah start lepas Isyak, karang nak order, nak tunggu, nak makan.  Takpe kita minum kopi je.

Sepanjang jalan balik tu banyak je kedai yang masih buka di Kuala Pilah tu.  Ammi dok bayangkan KP tu dah kawasan kampung tapi dia lagi happening dari Seremban.


Alip punya maggi goreng.  Pedas 


Ammi order kuey tiow celup tapi kurang kena pulak dengan tekak.  Lain macam rasanya.

Sampai rumah lebih kurang jam 12 malam.  Mandi solat bagai dekat jam 2 juga baru tidur sebab hilang dah mengantuk dek terlepas waktu tidur.

Post a Comment

3 Comments

  1. Biasa la tu ammi.. kalau dapat main tu, terus lupa segala sakit yang ada.. lepas siap main nanti kang, baru dia mengadu sakit balik.. hehehehe..

    ReplyDelete
  2. bagusnya dpt bersukan main bola, aktiviti sihat! bila minat dgn sesuatu, memang kita akan cepat rasa sihat hehehe

    ReplyDelete
  3. Kaki bola memang gitu la sihat terus ye dapat main. Cie takde kaki bola dalam rumah ni. Anak2 gegirl, husb tak main bola. Hihi. Sedapnya maggi goreng tu.

    ReplyDelete