Hari Isnin 5/10/2026, seawal jam 5.30 pagi ammi dah keluar rumah. Bukan untuk ke terminal bus macam biasa tapi untuk dimasukkan ke hospital. Doctor suruh ammi "check-in" pukul 6 pagi.
Ammi sampai hospital, ammi suruh abah balik je sebab Alip perlu pergi sekolah. Ammi boleh handle sendiri sebab bukan tak boleh berjalan pun. Ammi perlu ke Emergency Department dan dari situ dorang yang akan buat procedure selanjutnya.
Pantas... by 6.05am dah ada tag ni di tangan. Registration staff tu tanya itu ini, ahhh tiba-tiba kena buat ECG pulak sebab ammi pernah ada record buat RFA untuk jantung.
Ok setakat ni ammi rasa ECG di Mawar Medical Centre ni paling best. Tak perlu heboh nak letak gel kat setiap electrodes pads yang melekap kat badan kita. Dia guna macam sticker je. Selesai ECG dia cabut sticker tu dan siap...takdelah melekit-lekit badan dengan gel tu pastu kena lap-lap dengan tisu.
Masih di Emergency Department. Nurse datang ambil darah dan pasang IV line ni. Eh benda ni di panggil IV line kan? Ke saya salah? Tapi auchhh, kali ni sakit pulak. Lepas pasang benda ni ammi nak gerak tangan pun sakit. Tapi takde darah ke apa.
Tadaaa...6.41 saya dah terbaring di katil dalam ward. Laju betul procedure dorang kat sini.
Disebabkan ammi sorang, jadi by 7.30am ada ward assistant yang datang untuk recordkan semua barang berharga ammi dan dorang simpankan sebelum ammi dibawa ke bilik bedah. Dorang rekod secara bertulis dan ambil gambar sekali..setiap kad bank dalam wallet pun dorang ambil gambar.
Ammi masih tiada perasaan gemuruh ke takut lagi waktu ni. Entahlah mungkin sebab ini kali ke-9 ammi akan masuk dewan bedah jadi hilang rasa ke apa ntah.
Doctor bius datang melawat di katil, tanya soalan itu ini, tanya kenapa ammi buat RFA dulu pastu ayat dia "kita akan bagi Sharmila bius separuh daripada line ini, Sharmila akan sedar di dalam bilik bedah". Gedebuk gedebang .... ammi pun ditolak ke bilik bedah.
Sepanjang 2 jam 30 minit ammi di hospital, rasanya dah 3 kali dorang ambil bacaan BP ammi dan semuanya normal. Tiba kat ruang menunggu bilik bedah, eh naik pulak BP ammi (tapi ammi tak tengok pun berapa readingnya, doctor yang cakap).
Dah dibaringkan atas katil dalam bilik bedah, ammi rasalah gemuruh sikit. Doctor bius datang, dia pegang ammi dan cakap "Sharmila, kenapa tangan awak menggigil?, awak takut ke? BP awak juga sedikit tinggi ni". Ohhh ammi tak perasan pun ammi menggigil sebenarnya. Doctor bergerak ke komputer dia pastu dia datang balik dan cakap "kita tukar biuslah, saya bagi spinal bius supaya awak lebih bertenang dan boleh berehat".
Dia suruh duduk peluk bantal, tau-tau buka mata eh dah pukul 11.30 pagi di ruang recovery bilik bedah. Ammi pulak kejap bukak mata, kejap tidur, kejap bukak mata. Ngantuk wei. Nurse tolak ammi ke katil dalam ward pun ammi tidur lagi.
Dalam pukul 12.30 tengahari macam tu baru ammi lega sikit dari mengantuk. Terus je minta balik handphone. Nurse tu macam "Puan, dah ok betul ke ni? kalau belum Puan rehat dulu, nanti baru kami beri semula"...
Tapi tak ok sangat pun sebenarnya. Masih mengantuk dan macam biasa setiap kali lepas keluar dari bilik bedah memang ammi akan muntah. Dari dalam bilik recovery ammi dipakaikan oksigen mask ni sebab doctor kata pernafasan ammi kurang cantik.
Abah sampai dalam pukul 3 lebih lepas ambil Alip barulah ammi makan sebab ammi tak boleh bergerak. Kaki ammi masih tak rasa dan kata doctor lebih kurang pukul 4.30 petang baru akan rasa sepenuhnya.
Alip sampai je terus "Widihhhhh bestlah hospital ni ada Youtube, ada Netflix. Lain kali Alip nak duduk sini jugaklah". Ehhh dia ni...seronok ke apa masuk hospital? Masalahnya, widih tu apa?
Lepas doctor yang buat procedure tu datang dia bagi tau nurse, once ammi dah boleh gerak kaki, dah pergi toilet baru boleh discharge dan by 4.45pm kaki ammi dah rasa sepenuhnya.
Lambat nak tunggu insurance punya confirmation abah bagi je deposit kat hospital dan by 6.15pm ammi dah sampai rumah. Ammi boleh berjalan macam biasa tapi ammi ada masalah untuk duduk. Sakit di bahagian cucuk bius tu. Sakit yang bila ko pegang pun rasa macam auchhhh gitu. Ammi tak ingat pulak ammi sakit gitu lepas czer. Tapi yelah, lepas czer, after 2 days baru ammi turun dari katil. Entahlah.
Dan dapatlah saya MC selama 7 hari. Mula-mula masa ammi whatsapp boss ammi macam ingat nak masuk kerja je hari Rabu tu, tapi Selasa petang ammi masih sakit di bahagian belakang. Duduk sekejap-sekejap pun dah sakit apatah lagi nak duduk lama dalam bus. So, boss kata duduk jelah rumah dan kalau perlu baru buat work from home.
Hari Rabu - 7.10.2026 - tempat IV line tu lebam sikit walaupun dah ammi tuam dengan ice macam yang dinasihatkan sebelum discharge. Dalam bulatan kecil tu boleh nampak lubang jarum.
.png)
Hari Sabtu - 10.10.2026 - masih lebam. Biarlah disitu.
Ammi buat prosedur apa? Pasang Mirena je uollss tapi doctor ada buat basic hysteroscopy. Doctor kata masa dia buat hysteroscopy tu dia nampak ada polip dan dia dah hantar sampel untuk diperiksa.
Ammi pasang mirena bukan untuk merancang kehamilan sebab Alhamdulillah dah 12 tahun ammi bebas dari kegusaran termengandung. Ammi pasang mirena sebab ada masalah adenomyosis.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..
ReplyDeleteservice cepat, kan bagus kalau semua hospital kekalkan service yg mcnie kan..
skrg ammi dah sihat sepenuhnya kan..
Oh tu la kisah Ammi masuk hospital. Sekejap je pembedahannya tak perlu bermalam. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya. Bab cucuk IV line belakang tapak tangan tu paling seriau. Saya kalau masuk hospital private mmg insist doktor pakar bius pasangkan sbb setakat ni dieorg je yg buat dgn betul. Masa first time czer, nurse salah cucuk IV line yg masuk drip air tu smp bengkak sakit berdenyut2, nak pegang baby pun tak boleh. Bygkan sebelah tangan tu dah macam tangan Thanos, jari dah macam sosej 😅 Last2 doktor pakar datang cabut dan pasang balik baru surut bengkak tu. Masa admit kat HKL doktor pelatih buat pastu jadi lebam mcm tangan Ammi tu 2 minggu baru hilang.
ReplyDeleteAlahaaiiiii...terkepit2 akak ha bila baca entry ni...terasa pedihnyaaaaa...sakitnyaa..saya ni x pernah ada experienced masuk operation room...hahahha
ReplyDelete