Hadiah Top Komentor di blog SA

Bulan September 2026, dengan bangganya, ammilah top commentor di blog kak Suria Amanda.  Ehhh apa yang kita komen pun entahlah.  Bukan selalu blogwalking pun tapi tulah bila sekali dapat peluang ammi marathon semua sekali harung.  Masa mencemburui kita.

Hari bila ntah SA dah awal-awal message ammi, kata nak hantar hari Jumaat lepas balik kerja.  Ammi on je sebab ammi memang sepanjang minggu tu ada je kat rumah.  Ammi kan MC seminggu.


Maka bertemulah kami di malam hari.  Ammi ingat SA masih di rumah dia, ammi pun solatlah Isyak terus sementara dah azan.  Sekali masa solat tu dengan bunyi whatsapp.  Alamakkkk, selesai je solat confirm SA dah ada depan rumah.  Nak keluar rumah pun satu hal pulak, kunci tak jumpa.  

Masa SA datang tu Aswad dengan maknya si Zaiton duduk santai-santai atas tembok kat pagar.  Bila SA sebut nama Aswad ehhhh dia dengar korang.  Siap angkat-angkat kepala lagi.  Mesti dia macam "pehal panggil-panggil nama saya?...awak kenal saya ke?" hahaha.

SA gerak balik ammi rasa baru sampai kat simpang depan tu kot, abah & anak-anak pun balik dari surau.  Ammi cakap kat Khilfi "Aunty SA baru je balik"... "Oh Suria Amanda", katanya.  Auntyyyy...budak Khilfi ni pun dah tau SA tu untuk Suria Amanda sebab dia selalu curi-curi baca blog ammi di sekolah.


Ada Elianto Body Mist - Candy.. ehhhhh bau manishhhh je kita malam tu tau.  Gelojohkan?  Dapat, buka terus spray.



Ada lipcream, ada lip balm, pocket perfume.  Auwww thank kak SA.  Semoga sentiasa murah rezekimu.


Ada ni ha sekali, apam coklat hasil tangan Nia.  Semoga terus cemerlang dan dekan lagi next sem ye Ainnul Dania Huda.  Sedap, moist.  Malam tu juga ammi dah makan 2, pastu masa nak tidur tu rasa bersalah.  Walaupun tak manis sangat tapiiiiii tetap maniskan.  Kira halallah kan.

Sambal belacan tu pulak ada few weeks ago ammi gatal komen kat blog SA, kalau buat lebih jual kat ammi sebekas.  Ammi memang tak pernah buat sambal belacan sebab manjang tak sedap je bila ammi buat.  Pastu laju kak SA balas kat WhatsApp, "jangan mengada2 nak beli2 bagai, tunggu akak meniaga baru beli", katanya.  

Hari Ahad baru ammi rasmikan sambal belacan ni untuk lunch.  Ehhh abah kata "mana dapat sambal ni, sedap macam kedai tomyam".  Khilfi pun bertambah-tambah makannya.  Ayat abah "mana dapat" tu kecik tau hati kita...mementang kita tak pandai buat.  Cuba cakap "awak buat ke?".... hahahah

Terima kasih kakakku...semoga melimpah-limpah rezekimu dan keluargamu.

12 comments

  1. Wah!first tahniah ammi..nnt meh rajin2 singgah blog nieyl pulak hehehe...
    aswad mesti ckp..eh..awak siapa?awak kenal saya ke hehehe...

    ReplyDelete
  2. Hahahha.. abah tahu ni bukan sambal bini aku buat ni, hahaha. Senanglah pemenang top komnetar dekat dgn rumah, karang satu hal pulak nak pos sambal belacan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, syukur atas rezekinya. Untunglah berjiran tak payah berpos bagaikan.

    ReplyDelete
  4. wahhhh... congrats ammi. seronok ek.

    ReplyDelete
  5. Linda pun tak reti buat sambal belacan juga.. tahniah ammi

    ReplyDelete
  6. Mana dapat sambalnya? Hehe sedap betul sambal SA tu.....tahniah ammi. Rezeki semua tu.

    ReplyDelete
  7. Cie pun ada bodymist tu. Tahniah dapat hadiah top komentator.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..kita kat rumah risau..apalah rasa sambal tu..muahahaha..ye la mengada siap nak beli apa segala...benda bukan susah pun nak buat...Dania x jadi masuk sem 7..belajar online je sampai Jumaat..Muet test pun postpone kot

    ReplyDelete
  9. Hamboi hamboi hamboiii. Dpt berjumpaan 2 bloggers popular ni rupanya. Congrats Ammi dah menang.


    ReplyDelete
  10. Baca blog Ammi ni baru tau nama sebenar Dania 🤭. Tak, masalahnya bila SA nak buat bisnes ni? 🤪 Dah lama mintak dia open order sbb selalu terliur tgk dia masak semua lauk sedap2. Kalau dia open order lauk-pauk sanggup datang ofis dia ambik hehe.

    ReplyDelete
  11. Eh lupa nak wish tahniah sbb terpilih jadi top komentator dekat blog SA! 🎉

    ReplyDelete