Hari Sabtu minggu lepas, kami berlima keluarlah selepas Asar. Keluar mencari keperluan anak-anak. Masa di Mydin Senawang, sementara anak-anak mencari apa yang dorang nak, abah ammi mencari keperluan dapur. Tiba-tiba datang pulak anak bujang no. 2 join kami dan dia kata dia pun cari bahan nak masak malam nanti. Ehhhh sempat eh. Masalahnya malam karang kita ni sempat ke nak lapar?
Selesai membeli semua jomlah kita dinner lelaju sebab dah nak maghrib. Haritu kat TikTok ammi ada tengok orang jual bubur berlauk kat Laman Kipmall. First time juga tau ada gerai-gerai kat sini...haritu macam tak perasan pun.
Boleh tahan jugalah banyaknya kedai, tapi ammi tak pusing pun sebab ammi memang datang sini aim nak makan bubur je.
Nilah kedai buburnya.
.png)
Hidangan bubur yang ammi pilih. Set bubur dengan 3 makanan kering harganya RM7. Makanan kering tu macam ikan bilis, ikan masin dan yang sejenis dengannya. Kalau tambah sayur jadi RM10. Tak banyak pilihan yang ada, dannnnn hmmmmm. Hmmmm jelah yang ammi nak cakap. Sedap itu subjektif ye...pada saya hmmmm. Gitu.
Nasi goreng kampung ni sedap. Nasi lemak Khilfi kata sedap.
Makanan Alip (ramen carbonara) dan abah order nasi goreng apa ntah, ammi tak snap gambar. Kita fokus habiskan bubur kita yang hmmmmm itu.
Makanlah sambil suap menyuap. Agak-agak kalau yang sulung tu anak lelaki ada tak moment gini?
Balik rumah lepas solat, ammi persiaplah segala mak nenek ayam yang kami beli. Pastu datang pulak hero no. 2 nak masak sekali.
Dia nak buat loaded baked potato dia tu lah... sekian punya besar ubi yang dia beli ni. Ammi cadangkan untuk dia rebus dulu ubi tu supaya lembut kat belah dalam. Tapi dia kata "abang plan nak masukkan dalam oven je sebab oven power, mesti dia lembut". Baik, your recipe!
Selesai urusan ammi didapur, ammi mandi, lipat kain. Eh masakan dia tak siap-siap. Ammi pun siap terbaring-baring disebelah kain yang dah siap dilipat tu.
Haaaa...akhirnya pukul 10.40 malam barulah siap. Dia kasi kita makan time-time dia selalu supper kat asrama gamaknya. Dia frust sebab tak dengar cakap ammi untuk rebus dulu. Kentang tu macam masih keras walaupun dia dah bakar 1 jam 30 minit dalam oven.
Tak apa lah nak oiiiiii.. keras ke lembut ke kita makan je sesama.
Begitulah berakhirnya Sabtu kami. Terperanjat perut ammi tiba-tiba ada supper pulak haritu.
Harini sekolah-sekolah di Negeri Sembilan diarahkan tutup. Sebenarnya kalau tak tutup pun memang Ammi nak cutikan Alip sebab dia selsema dan gatal-gatal hidung. Tup-tup malam dapat message di WhatsApp kata sekolah tutup.
So, hari ini sessi belajar di rumah. Minggu depan hari Isnin (12/10/2026) patutnya Alip dah start UASA dan petang tu juga dia ada ujian PKSK. Kita tengoklah macam mana nanti. Ditunda ke, diteruskan ke, yang penting kita pulun je study.
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)

Next time dengar ckp ammi ye hehehe..
ReplyDeleteTak apa la, keras2 pun dah selamat dalam perut ye...
Itulah kan kalau makan dekat luar ni kdg2 nasib2 kita , kadang2 dapat yg sedap, kadang2 disebalik nya..bagus lah kan ammi sekolah tutup, teruk jerebu kali ni..
Good try. Tp nmpk menarik la kentang tu =q
ReplyDeleteTak ada rezeki nak dapat bubur yang wow! Kali ini betul2 cakap mak tu makbul ye.
ReplyDeleteSekolah tutup pg td keluar aman je xda kereta lalulalang
ReplyDeleteSedap kentang tu pandai dia masak
Dana sekarang payah nak cara tempat makanan viral ni, kadang elok kadang hauk tak sedap pun hahaha. Itulah ammi cakap takmo dengar suh rebus dulu kentang tu, budak lelaki punya pikirkan nak mudah je sekali tu la hehehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah siap juga kentang tu. Take care ya sebab jerebu makin teruk sekarang ni. Memang elok pun sekolah tutup
ReplyDeleteSuka la bubur ni. Memang peminat bubur dari dulu.
ReplyDeleteAlaaaa rugi la kalau bubur tu tak kena tekak. Terliur pulak nengok bubur nasi berlauk. Nasi goreng tu memang jenia hidang dalam disposable plate gitu je ye?
ReplyDelete