Hari Ahad (30.8.2026) sampai Seremban, ammi dan Kyra balik naik grab je sebab abah tak larat nak keluar rumah. Keletihan sebab pening kepala dek panas sepanjang perjalanan dari Melaka tu. Tambah pulak duduk tepi padang dengan tak berpayungnya.
Lepas maghrib Abah ajak makan diluar je. Abah dan anak-anak dah plan rupanya nak bawak ammi makan sempena birthday. Kitorang gi makan kat Seremban Gateway je sebab malam merdeka confirm merata jam.
Tapi surprisingly senang pulak dapat parking kat Gateway tu di malam merdeka. Selalu pusinglah 3-4 kali jenuh nak dapat parking. Rezeki birthday girl la ni. Ahaks.
Abah belanja makan di Mohd Chan sebab dari haritu ammi nak makan kat sini. Abah & Alip dah pernah pergi masa abah malas nak masak tengahari. Ambooiiii malas masak dia angkut je anak makan kat tempat ni tak bawak ammi. Hmmm.
Abah suruh ammi pilih nak makan apa... dan first thing yang ammi nampak adalah air sirap selasih. Terus rasa haus.
Ammi pilih set yang untuk 6-7 orang makan tu. Padahal kami berlima je. Tamak itu menguasai diri.
Motif 3 lelaki ni berbaju merah? Yang merah ditengah jalan dah tengkot-tengkot sebab injured masa main bola. Injured sebenarnya sebelum balik bercuti, tambah pulak injured main pagi tu, hmmm bertambah-tambahlah sakitnya.
.png)
Yang ditunggu-tunggu sampai dulu. Ala tapi satu hal pulak nak naikkan biji selasihnya yang duduk dibawah. Guna jelah sudu makan kita tu kocak-kocak dulu sebelum tuang dalam glasses.
Eh sedap telur putih atas sayur tu. Brocoli snow white nama menu ni.
Ada tomyam campur, black pepper beef dan sahara chicken. Ayam ni pun sedap..macam ada rasa kacang, macam nestum pun ada.
Tukang drive merangkap tukang bayar dan tukang menuang sup sedang beraksi menuang tomyam ke dalam mangkuk keluarga ahakss.
Dessert of the day yang dijanjikan tu ada 6 biji mochi kacang. Tak masuk pulak dalam gambar.
Habis makan kami terus jelah balik. Ammi ni dah mengantuk level apantah, sambil makan sambil menguap.
Sampai rumah, mandi-mandi, solat teruslah hilang dari radar. Sedar kejap masa bunyi mercun jam 12 malam berdentam dentum tapi mengantuk itu lebih menguasai diri. Bunyi dentam dentum tu ibarat lagu indah yang mengiringi tidur si birthday girl.
Alhamdulillah, 31.8.2026 genaplah usia ammi 47 tahun.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)

sanah helwah epi besday ammi! may Allah bless u always! bestnya bday 31 ogos! merdeka baby gitu!! ammi ni sebaya my adik lah, dia pun 47 this year tp bday bln mei hari tu...MZ dan adik MZ memang gap 3 tahun usia kami
ReplyDeleteWah Ammi baby Merdeka rupa2nya. Selamat ulangtahun Ammi 🥳 Semoga diberkati Allah dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta 🤲🏻
ReplyDeleteHappy belated birthday... Oh Mohd chan it Seremban gateway ada set.. Kt kl xde plan.. Ke baru ada skarang... Kita pi Mohd Chan menu fav siakap stim limau.. Mochi pernh mkn juga sedap
ReplyDeleteAiiih terbayang pening nya kepala kena panas segitu lama. Sayapun tak sanggub kalau kena panas terlalu lama. Pasti sakit kepala.
ReplyDeleteMenarik menu2nya kak 😍😍. Kalau ke resto yg ada set, sayapun lebih memilih set. Lebih mudah, dan sudah komplit juga kan.
Happy belated birthday kak Ammi , 🎉😍. Semoga kakak selalu bahagia, dikelilingi keluarga yg harmonis , rezeki selalu cukup dan sehat2 yaaa 🤗
Satu keajaiban Seremban Gateway mudah dapat parkir.
ReplyDeleteBoleh pulak mereka bertiga pakai baju merah ek. Planning ke tidak tu? Sama pulak tema dengan air sirap merah tu.
Belated Happy birthday Ammi. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan, bahagia selalu serta sentiasa dirahmati Allah. Aaamiiin...
Baby merdeka rupanya dia ye heheh happy belated birthday ammi. Semoga diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki selalu dan dikurniakan kebahgiaan
ReplyDeleteHappy 47 Anniversarry. Kira pangkat 'kakak' la ni.
ReplyDeleteHappy belated birthday Ammi. Semoga yang kedepannya semua baik-baik saja & dilimpahi rezeki dari pelbagai sudut..
ReplyDeleteBanyak betul tugas si tukang..tapi tak pe, beliau adalah hero yang tak di dendangkan..
ReplyDeleteBelated happy birthday Ammi dear 🎂🎂🎂
ReplyDeletePH baru tahu Ammi anak Merdeka. Seronoklah satu negara celebrate , pasty dapat cuti pulak tu ahak!
Suka makan di Mohd Chan ni, sedap² tapi time poket tebal baru berani masuk 🫣
Happy belated birthday Ammi...best la awak satu malaysia sambut birthday awak erk...Kak SA dah lama x makan kat Mohd Chan..terliur tgok telur ngan brocolli tu...makanan nampak sedap la...
ReplyDeleteHappy belated birthday Ammi... tapi bapak budak budak tu nampak kurus sikit eh?
ReplyDelete