Masih berkisahkan peristiwa yang berlaku di Taiping. Sebut peristiwa macam berat je bunyinya.
Petang hari lepas abah recharge "battery"nya, kami keluar semula sebab nak cari minum petang. Tak ada tujuan pun. Banchik sibuk nak makan kat "Warung Abah" sebab yelah memang nampak macam menarik je masa kami datang tadi. Sekali ohhhh kedai tu buka untuk sarapan sampai lunch je.
So, jalan jelah kita tanpa tujuan tau-tau dorang berhenti kat Restoran Ansari Famous Cendol di 92, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Perak.
Kalau ikutkan apa yang tertulis, ini cawangan Ansari yang ke-3 dan yang pertama mula beroperasi sejak tahun 1940. Tu diaaaa...
Ada gambar rojak je. Mana ntah pergi gambar cendol yang kami makan. Rasanya dalam phone Kyra kot....lupalah tu nak hantar ke ammi. Sedaplah rojak dan cendolnya.
*************************************************************
Tengah makan Khilfi hantar pulak gambar dia berseronok-seronok di Bandung.
Yang baju merah di belakang, johan Pidato peringkat Negeri Melaka dan layak bertanding di peringkat kebangsaan. Congrats Izz.
Dapat je gambar ni Kyra terus macam "ni confirm kawan yang suruh pose macam ni"...knowing my broskii he will just berdiri tegak tak ada perasaan. Hahahha hanya kakak mengenali adiknya.
Ammi sebenarnya taktau apa yang membuatkan Kyra panggil adiknya yang sorang ni broskii. Dari dulu lagi. Suka hati koranglah.
Ok, sekian saja selingan.
*************************************************************
Lepas minum petang, kami pusing-pusing jap pastu baliklah semula ke homestay. Kita tunggu yang lain-lain sampai. Ada 5 kereta semuanya daripada sebelah adik-beradik abah.
Malam kita keluar lagi nak makan Yong Tau Foo.
Makan kat sini adik ipar sorang lagi (dia tak pergi) yang recommend. Siap cakap pergi kedai No. 1 tau. Memang kat foodcourt ni rata-rata kalau kata ada 20 kedai, 16 kedai jual YTF. Memang orang-orang Taiping ni suka makan yong tau foo ke macam mana ni? Kat mana tu? Kita makan di Pusat Penjaja Taiping, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak yang letaknya di belakang balai Bomba.
Cumanya disini tak ada YTF soup. Cuma ada kuah hitam tu je. Hmmm tapi sedaplah juga.
.png)
Tapi penuh ye food court ni...
Kita ambillah YTF sikit-sikit, satay, ada sapa ntah beli kerang rebus. Ammi siap minum 2 gelas air laici kang. Sedap pulak laicikang kat sini.
Gambar beramai-ramai kami ntah dicamera sapa. Ammi memang tak banyak pegang fon sebab tangan dah melekit pegang lidi satay tu, tak kuasa dah nak pegang-pegang handphone.
Selesai disini, baliklah kami ke homestay masing-masing. Banchik sewakan 3 homestay untuk kami. Alhamdulillah, nampaknya homestay kami yang paling ok sekali kot. Yang lagi 2 tu, ada yang hanya ruang tamu je ada aircond, aircond dalam bilik tak function.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


7 Comments
Seronoknya bila dapat kumpul ramai-ramai 5 buah kereta dengan keluarga macam ni, meriah betul! Bab homestay tu memang untung lah ammi dapat yang paling selesa, kalau aircond tak berfungsi malam-malam mahu berkuap juga dibuatnya, hehe.
ReplyDeleteYTF belakang bomba ni memang sedap! masa raya haritu sempat singgah sini jap lepas ziarah rumah makcik
ReplyDeleteBestnya JJCM bersama keluarga dan sanak saudara. Yong Tau Fu Bomba tu popular sungguh kan? Memang beza sungguh ke rasanya dengan YTF yang kita beli di pasar malam? Semoga Khifli enjoy trip nya di Bandung
ReplyDeleteTak apalah tak ada gambar cendol..Tapi kalau sedap tetap kekal dalam memory...heee
ReplyDeleteLucu pulak baca statement kakaknya... bila kawan suruh nak pulak posing² bagai kan.. hihihi
ReplyDeleteMZ terliur rojak la plakkk
ReplyDeleteRojak dan cendol tak dapat dipisahkan. Kalau dua² sedap, syoklah menikmatinya. Wahh syoknya Khilfi berbandung. Jauh perginya.
ReplyDeleteMeriah foodcourt. Kalau meriah tu tandanya sedap.