Hari Isnin 8/6/2026 kami selamat daftarkan Kyra secara fizikal di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Tawaran dah dapat awal tapi Kyra hold dulu untuk accept sebab nak tunggu UPU. Sekali bila dapat result UPU, dia memang terus cakap "kakak nak terima tawaran Matriks jelah".
Awal-awal dia dah cakap kalau dia dapat bidang IT yang dia terpaksa letak di pilihan ke 9-12 tu, memang dia taknak terima sebab itu bukan minat dia. Tapi lebih kepada mengisi kekosongan masa nak isi borang dan cadangan daripada makcik pakcik. Tapi nak buat macam mana kan... kalau dapat tapi hatinya bukan disitu. Yang nak belajar itu dia. Jadi abah ammi ok je dengan pilihan yang dia buat.
Ini adalah pilihan ke-10 masa isi borang UPU.
Sekali sepupu rapatnya (abang pada dadek) pun dapat course yang sama juga tapi di Poli. Adli memang minat course ni dah dia dapat pilihan pertama. Alhamdulillah.
Sebelum ke Kolej kami singgahlah sarapan pagi dulu. Kami bertiga je. Alip kita sekolahkan je dan dah buat plan A, plan B kalau kata kita terlewat balik.
Tu ha alamat kedainya. Ada sarapan dan minum petang hingga makan malam je. Makan tengahari tiada.
Kyra bersama abahnya yang tinggi dan amminya yang tak tinggi.
Mujur juga dapat sepelaung je dari rumah. Jarak cuma lebih kurang 33km je.
Pendaftaran secara fizikal dibuat sendiri oleh pelajar. Mak ayah dah tak perlu sibuk. Infact sebelum hari pendaftaran fizikal ni semua pendaftaran lain macam slip bayaran, stamping perjanjian, kad matriks, asrama dah dibuat secara online. Harini cuma untuk sahkan segala dokumen tu je.
Fasi bertugas akan guide adik-adik ni sampailah dorang habis mendaftar. Bukan tu je dengan parents pun fasi ni guide juga. Good job fasi KMNS.
Selesai daftar semua barulah kita bawa masuk barang naik ke asrama. Kunci bilik dan nombor katil semua dah ditetapkan masa anak-anak mendaftar secara fizikal. Dah takde istilah masuk bilik cop katil tepi tingkap, tepi pintu bagai. Apa ko dapat, itulah ko terima.
Antara barang-barang anak dara yang nak diangkut ke tingkat 3. Auchhh my lutut. Mujur juga bawa bantal...bantal tidak disediakan rupanya.
Rupa diluar bangunan asrama Kyra. Huhuhu. Bila ammi letak kat group family, laju je biras ammi buat kerja.
Hahhaha...boleh buat penggambaran paranormal katanya. Aishhh janganlah...mudah-mudahan anak-anak ni selamat tanpa gangguan yang tidak diingini.
Kyra dapat katil A...jadi inilah ruang dia. Memang ada satu katil, satu almari dan satu meja belajar. Itu saja. Kami pun kemas ala kadar je ikut apa yang kami bawa. Kyra kata nanti selebihnya dia kemas sendiri sebab kami nak keluar sekejap cari keperluan yang tak cukup.
Secara rasminya bermula episod belajar secara fast track di Matriks selama 10 bulan. Dia ditawarkan jurusan Sains dan Alhamdulillah pada hari ke-3 disana masa pengkhususan dibuat dia dapat buat Sains Hayat macam yang dia nak. Happy bukan main masa dia call tu.
Just untuk info, jurusan Sains dia Matriks dibahagikan kepada 3, iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sains Komputer.
Sains Hayat: Fokus kepada subjek Biologi, Kimia, Fizik, dan Matematik.
Sains Fizikal: Fokus mendalam kepada Fizik, Kimia, dan Matematik Tambahan.
Sains Komputer: Gabungan subjek Sains Komputer dengan Matematik, Fizik/Biologi dan Kimia.
.png)
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


0 Comments