Kami ke Taiping

Hari Jumaat 5.6.2026 - ini adalah tarikh lahir arwah ayah ammi.  Kalau arwah hidup usianya 77 tahun tapi usianya terhenti cuma di nombor 50.

Pagi Jumaat kami berempat tanpa Khilfi mulakan perjalanan ke Taiping.  Kita janji nak jumpa Banchik (abang ipar) di Subang sebab dia nak tumpang kereta kak Chik.  Tujuan ke Taiping sebab anak sulung Banchik nak bertunang.  

Hujan renyai-renyai pagi tu...kami berhentilah dulu bersarapan di R&R Seremban.


Kyra makan yong tau foo...nampak betapa keluarga kami sangat sukakan YTF.  Alip makan bubur, ammi dan abah makan soto nasi.  Bukan main hitam pekat kuah soto ammi sebab ammi letak cili kicap yang tak rasa pedas langsung.  Pedas dia kat hujung2 je.  Aisehmannnn orang nogori dah tak makan podeh ko apo?


Bukan main lagi beliau dibelakang dengan handphone melintang tu ye.  Sesekali dapat main phone di hari Jumaat nan indah...tu diaaaaa bukan main focus.  

Kami sampai di Subang Perdana lebih kurang pukul 10 lebih pastu Banchik ajak makan lagi.  Huhuhu...memang taklah. Tapi Kyra & Khilfi terpaksalah juga makan sekeping roti canai kongsi-kongsi sebab Pakcik dah orderkan.


Ammi rasa macam sesuai je orang yang sentiasa lupa tarikh dan tempat ni guna timemark camera.  Hahhhh...senang.  Ada masa, tarikh, lokasi siap.  Tapi macam mana jadi Shah Alam pulak eh?  

Dalam kereta lepas dapat approval dari client dan boss, ammi gigih juga on laptop sebab ammi perlu finalizekan satu document sebelum difailkan di Mahkamah.  Cuti pun kerja perlu dilaksanakan...barulah boss tak ralat nak bagi kita "work from home".

Pukul berapa ntah...rasanya lepas waktu solat Jumaat kami sampai di Kuala Kangsar.  Marilah kita cari tempat makan.  Dorang suruh ammi cari...ha marilah kita google je.


Ammi pilih untuk lunch di Restoran Teratak Warisan Kampung yang terletak di Lot 2240, Jalan Taiping, Sebelah Taman Putra, 33000 Kuala Kangsar, Perak.


Rambang mata nak memilih makanan sebab banyak sangat pilihan.  Dekat tempat kuih-muih pun rambang juga mata tapi ammi cuma beli pulut je sebab takut membazir je nanti kalau beli banyak-banyak sebab kami ada agenda cari makan lagi lepas ni.

Satu gambar makanan pun ammi tak snap sebab rasanya kami memang kelaparan masa tu.  Fokus ambil lauk, basuh tangan, baca doa dan makan.  Dah siap makan baru ammi suruh Kyra tolong snapkan gambar kedai.

Kita lalulah juga di Maktab Melayu Kuala Kangsar...bagi Alip rasa vibe-vibe "Eton of the East".  Tapi ammi memang tak akan letak MCKK dalam pilihan sekolah khusus anak-anak ammi.  Dibuatnya dapat naya koooo nak menghantar anak jejauh tu.  

Sampai sini ammi memang terbayang-bayang je muka ex-boss ammi.  Kampungnya di Sayong, dan dia pun memang ex-MCKK dan satu kelas dengan atok Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.  Batch mereka dipanggil Tarinaga 61 dan ramai juga tokoh-tokoh ternama negara yang satu batch dengan ex-boss ammi.  Kenapa ammi ingat?  Sebab ammilah tukang simpan semua list nama dan alamat batchmate Tarinaga 61 ni.

Lepas makan kami teruslah ke homestay.  Abah nak lelapkan mata kejap sebelum kami keluar cari makan ditempat lain sebab member drive sorang-sorang.  Nak harapkan co-pilot yang drive, silap haribulan kita satu family dok tersidai kat hospital pulak karang.

Post a Comment

1 Comments

  1. Boss2 Malakoff ni ramai Ex MCKK....macam majoriti je...Seronoknya dapat jalan-jalan cari makan sampai ke Taiping! Terliur tengok menu soto nasi kuah hitam pekat tu, walaupun rupa-rupanya tak pedas sangat eh Ammi? Hehe. Lapar punya pasal, sampai lupa nak snap gambar lauk pauk kat Kuala Kangsar tu memang biasa sangat! Akak pun ada cadangan nak ke Taiping...hujung2 tahun la kot...

    ReplyDelete