Sesihat itu kamu?

Sabtu minggu lepas ada pulang pilihan di sekolah Khilfi.  Student menengah rendah memang boleh balik hari Jumaat, tapi menengah atas cuma boleh pulang hari Sabtu selepas habis program.  

Sekarang Khilfi lebih suka habiskan masa di sekolah sebab katanya macam membazir je untuk abah jemput hari Sabtu tengahari pastu Ahad dah perlu kembali ke sekolah.  Balik sebulan sekali pun ok katanya.  Tu sebabnya kami allocate masa kadang-kadang untuk pergi melawat dia disekolah.

Minggu lepas untuk Tingkatan 4 ada program apa ntah...ammi pun lupa dan dahlah lupa malas pulak tu nak check semula dalam group WhatsApp batch.  Hmmm perangai betullah si Sharmila ni.  

Macam biasa bila cikgu share gambar kita mak-mak akan zoom in zoom out cari kelibat anak.  Walaupun anak ni dah 4 tahun diasrama tetaplah gitu.  Jangan kata dia...Kyra yang dah di Matriks pun ammi masih tercari-cari kalau ada orang up story di Tiktok.  So far hampalah...tak pernah nampak pun Kyra photo boom video orang.  

Dijadikan cerita...ammi jumpa gambar ni dulu yang kaunselor share di group.


Nampak dari belakang macam anak sendiri.  Tapi kita pun confuse sebab dalam gambar ni nampak budak ni sedikit berisi.  Tengok pada kasut memang nampak macam kasut dia...hmmm.


Pastu bila cikgu share pulak gambar ni ammi tengok macam eh memang betul ke dak Khilfi Syahmi ni kembali mengembang?  Rambut dah panjang.  Nyampah pulak kita tengok rambut pelajar kalau pepanjang gitu.  

Takkan seminggu pergi ke Indonesia dah 'semangat' badannya.  Jangan kembalikan size lama itu ye Khilfi Syahmi.  


Khilfi yang comel dan tembun bersama abang angkatnya satu ketika dulu.  Diwaktu dia masih comel dan suaranya juga masih comel.  

Haritu ammi duduk berdua dengan abah, pastu ammi tanyalah..."awak ingat tak suara abang masa dia sekolah rendah dulu"...serius, dia ada suara yang sangat manja dan comel.  Abah kata dia teringat suara masa kitorang beli lauk bungkus kat rumah pastu dia tak menyempat pergi buka ikatan kuah sup dan kuah tu jatuh atas peha dia dan melecur teruk pehanya.  Masalahnya masa kejadian tu kitorang ni dok ingat dia gelak, rupanya dia nangis.  Alahaiiii masa tu 

Alip pulak suaranya agak kasar dan garau.  Katanya suara dia ala-ala Zul Ariffin.  Huhu.

Post a Comment

0 Comments