Nak round the world secara fizikal bawa buku merah, cop cop di Imigresen saya belum berkemampuan. Saya round the world pakai apps jelah.
Bulan lepas ammi download semula apps BookDoc setelah sekian lama terlupa nak re-download lepas tukar handphone. Nasib baik masa tu baca blog Cie.
Download je teruslah ammi join International Virtual Run Series 2026 yang kalau Mei ammi akan berjalan ke Munich, Germany. Hahahah...ko ada jalan-jalan sampai Munich?
Untuk Mei, ammi completekan 100,000 steps sebelum 20 haribulan. Ammi pun lupa mana je ammi gi berjalan sampai banyak macam tu.
Sekarang ni semenjak sakit lutut ammi memang dah tak pergi briskwalk di taman. Steps ammi ni lebih kepada jalan pergi dan balik kerja je. Dalam rumah pun kadang-kadang lupa nak pakai jam sebab bateri jam dah habis.
Bulan Jun, kita dibawa ke Shanghai pulak. Alhamdulillah, walaupun steps setakat pergi dan balik kerja je tapi cukuplah juga nak completekan 100,000 steps.
Next bulan July kita acah-acah pergi Lisbon pulak ye.
.png)



0 Comments