Ini kisah lama yang ammi nak juga letak disini untuk memori.
20/5/2026 kami ke Segamat lagi untuk majlis graduasi Kyra. Mungkinkah ini kali terakhir kami ke Segamat? Hanya Allah sahaja yang tau.
Ammi gerak solo dari KL ke Segamat sebab ammi kerja macam biasa pada 20.5.2026. Ammi beli tiket ETS dari Kajang pukul 6.25pm kononnya bolehlah sampai Segamat around 8.30 camtu. Sekali ETS delaylah pula. Boleh je beli ETS awal tapi ammi macam taknak keluar awal dari office pastu esoknya cuti pulak.
Pukul 7.20 ammi masih di Kajang. Train masih lagi delay. Nak solat maghrib tapi pegawai bertugas kata ETS dah menghampiri Bandar Tasik Selatan. Walaupun sempat kalau nak solat Jamak tapi nanti ammi jadi tergopoh-gapah pastu anxiety tak tentu hala. Dah kita niat jamak takhir je.
Aisehman...masa beli tiket ammi tak perasan pun benda alah ni. Rupanya seat yang ammi pilih ni menghadap ke belakang. Mujur juga malam uoolss..kalau siang confirm ammi pening sebab membelakangkan laluan.
Nak tidur tak boleh, kita layan jelah novel Rubah Putih karya Ramlee Awang Murshid ni. Baru buka dari sampul ni sebab cun-cun je sampai hari Selasa.
Akhirnya sampai juga ammi di bumi Segamat pada jam 9.45 malam. Masa dalam perjalanan ammi dah suruh suami & anak-anak makan dulu sebab ammi dah makan masa kat stesen Kajang. Tapi husband insist nak tunggu dan makan sama-sama. Auwwww.
Masa Kyra masih belajar di sini, kami teringin nak makan kat sini tapi takde kesempatan sebab gerai-gerai kat sini buka sebelah petang hingga malam. Hari itu dapatlah kami cuba apa yang best kat situ walaupun tak banyak gerai yang buka dan hujan gerimis pulak tu.
Air kami. Alip tak puas hati dan tak faham kenapa ammi minum air carrot. "Seriuslah carrot boleh minum? Carrot tu kan vegetable"... macam-macamlah ayat dia.
Sama pulak selera abah ammi. Order lain-lain masa tapi kita order perkara yang sama dari kedai yang sama. Alip dengan buttermilk chicken dia dan Kyra dengan her all time favourite mac & cheese.
Sebagai peminat Yong Tau Foo, ammi cubalah juga YTF disini. Buat rasa-rasa.
Dah selesai makan marilah pulang ke homestay. Kami tinggal di Villa the Quarry. Masa abah search tempat tinggal dengan Alip, nampak je tempat ni terus Alip excited. Tapi kita carilah juga tempat lain...and finally memang ke situ jugalah kita book. Itu namanya cinta pandang pertama...dari mata terus ke hati. Ewahhh.
Pintu masuknya..
Jenis Dahlia 2 yang di kiri, dan jenis Anggerik 2 yang dikanan.
Sampai je abah kata budak berdua ni terus terjun kolam. Memang masa sampai tu kami satu family je ada kat Villa tu.
Kami ambil Villa Dahlia sebab ini je yang available masa tu. Kalau yang jenis Anggerik dia ada 2 bilik dan small hall. Tapi oklah tu...kami bawa juga tilam angin yang selalu bawa gi camping tu dan disitulah Kyra & Alip tidur.
Murah juga harga bilik ni dalam RM110.00 gitu. Selesa tempatnya.
Diluar kawasan bilik, ada ruangan dapur terbuka gini. Mungkin kalau buat family day ke bolehlah masak dan makan di sini.
Ada juga disedikan permainan-permainan gini...dan terpaksalah juga ammi layan budak ni main walaupun ammi ni dah mengantuk. Tak mandi, tak solat lagi.
Dalam kolam tu kawan Kyra dan adiknya dok berendam. Masa ammi sampai lepas dinner tu, ayah pada kawan Kyra tanya "SESS juga ke?"... hahahah...hanya SESS je yang faham soalan itu.
Borak-boraklah kejap dengan ibu kawan Kyra tu sebelum masing-masing minta diri.
Masuk bilik, mandi, solat naik katil tekan-tekan remote sekali ehhhhhh ada cerita Goblin pulak. Kita layanlah dulu walaupun mata tak larat dah nak bukak. Tapi channel apa yang ammi tekan tu pun ammi dah lupa.
Begitulah kisah sehari sebelum graduasi Kyra di SESS yang lama terperuk dan terperam.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


0 Comments