Eh saya masak lagi

Jumaat lepas (12/6/2026) ammi macam biasalah work from home.  Tak ada apa sangat yang perlu ammi buat pun.

Pagi lebih kurang 7 lebih lepas Alip ke sekolah ammi siap-siap nak ke Klinik Kesihatan Ampangan.  Ammi dapat referral letter dari Klinik Kesihatan Sikamat untuk buat Fisioterapi disitu.  Ammi ada buat x-tray lutut beberapa minggu sudah sebab lutut ammi semakin kritikal pulak sakitnya.  Ubat Glucosamine yang ammi makan macam dah tak ada kesan.

Sebelum ke KK tu abah & ammi gi sarapanlah dulu.  Gambar pun tak ada.  

Sampai di KK Ampangan tu, petugas suruh isi borang soal jawab pastu dia ambil borang tu bersama surat referral dan katanya "Kami akan hantar WhatsApp nanti Puan.  Puan boleh terus balik".  Ohhhh...ammi ni tak ambil gambar pun surat tu, setakat harini masih belum ada apa-apa whatsapp lagi untuk tarikh appointment.  Hmmmm...awak jangan hilangkan surat saya ye.

Belum jam 9 dah selesai semuanya, jadi jomlah kita pergi beli barang basah je.  Abah nak outstation jadi perlulah stock up apa yang dah kurang kat rumah tu.  OST sehari je tapi biasalah abah punya risaulah nak tinggal anak bini kat rumah macam nak OST sebulan kekdahnya.  Dia tak tau Ammi dan Alip dah plan nak berjalan masa abah takde.  Ahakss.


Maka terhasillah kari kepala ikan jenahak.  Abah ni sejenis yang bukan boleh nampak kepala ikan...dia auto menggelupur...pastu auto ayat dia jadi "buatkan kari boleh".  Memandangkan abah sorang je makan kepala, kita beli la juga potongan badan jenahak.

Dekat tempat rempah tu ammi nampak ada baki serbuk kari udang, ketam & ikan masin.  Hmmm belasah jelah campur dengan rempah kari ikan.  Berapa lama pulak nak duduk kat situ.  Kita habiskan je dia.  Tapi memang bezalah kot...sebab warna rempah tu pun tak gelap.  Dia lite-lite je coklatnya.

Ammi memang lebihkan kuah sebab ammi cakap kat abah "nanti awak tinggal rebus telur masukkan je dalam kari".  Ahaks...bijak tak isterinya.  Kita dah tinggal bertiga.  Nak masak beriya pun macam malas.


Regukan dengan pakchoy goreng dan telur masin yang dah berzaman abah rebus kat dalam fridge.  Ammi goreng jugak ikan bilis gergasi ni.  Ammi taktau ni ikan bilis atau ikan kecik, rupa macam ikan bilis tapi keras.  Kena goreng garing baru dia rangup tapi tak masin.  Adik ipar ammi yang bagi sebab boss dia bagi kat dia banyak.  Orang bagi kita terima je.  Rezeki jangan ditolak.

Sekian saja kisah saya masak sebab jarang-jarang berlaku.  Ahaks.

Post a Comment

0 Comments