Ini kisah peram juga. Kisah masa cuti panjang selepas AidilAdha. Ammi tak ambil cuti pun tapi boss kata tak perlulah datang office sebab setakat satu dua benda, kita work from home jelah. Ahakss..jadi kita cuti terus aja. Ga perlu fikir-fikir perlu beli tiket bus ke kantor.
Hari Jumaat, aktiviti kami cuma ke LHDN sebab nak buat stamping agreement Kyra tapi kita balik dan buat sendiri sebab itulah prosedurnya sekarang. Pegawai di kaunter bagi satu kertas yang ada semua steps, pastu balik dan BUATLAH SENDIRI. Seriuslah? Lepas tu kami pergi beli barang keperluan rumah dan marilah pulang.
Hari Sabtu, kami ada kenduri kahwin jiran. Eh dah namapun jiran, confirmlah along ammi pun ada sebab kamikan jiran setaman. Habis kenduri kami baliklah ke rumah masing-masing. Kami tukar baju yang sesuai dan kita keluar semula sebab nak pergi cari kasut sukan Khilfi.
Dah sampai di Seremban Prima, dah membeli kasut semua sekali eh nampak kawan camping kami. Kejap tu ehhhh along ammi pun disitu juga. Apakah ini? Kebetulan yang memang betul-betul tak sangka.
Jumpa, hai hai dan kemudian kami bye-bye. Kami nak ke Watson, nak ke few other pitstop. Last sekali kami ke tingkat atas sebab nak ke Mr. DIY. Sekali ehhhhh kawan camping dan along pun disitu. Apakah ini buat kali ke-2. hahahah.
Kalau dah gini marilah kita minum je kat sini. Ini namanya jodoh.
Sebab barang dalam list di Mr. DIY untuk Kyra & Khilfi makan memang dorang berdua je pun yang masuk ke dalam. Carilah sendiri barangnya. Abah kirimkan kad je.
Jadi dah alang-alang kita minum petang, dorang suggest kita dinner sesama juga malam ni. Memandangkan memang kitorang pun plan nak makan luar je sebab ammi memang tak masak jadi kita on jelah dengan tempat yang dicadangkan di
Jalan Pantai. Kami balik dulu, selesaikan yang wajib dan kita keluar semula. Nak terus ke lokasi Kyra tak bawa telekung dan pencuci muka...jadi memanglah kena balik juga.
Di Seremban Prima kita ada 3 family. Disini bila kita up dalam grup, datanglah lagi satu family turut serta. Alhamdulillah...semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan.
Konsepnya kami biasanya, kita order asing-asing, makan bersama-sama dan bayar masing-masing. Hahahha gitu. Yelah, sekarangkan zaman order pakai QR. Ko order jelah QR untuk family masing-masing.
Ini Kyra punya, nasi goreng tomyam. Dia ni senang je. Menu dia kalau tak nasi goreng tomyam, dia order bihun tomyam, kalau tak Fish & Chip, kalau tak Aglio Olio. Pusing-pusing itu jelah. Kalau tempat tu ada Mac & Cheese...ha itulah yang dia pilih.
Khilfi order nasi goreng belacan. Eh lupa diri betul budak ni...awak tu ada
sinus.
Dua ni abah punya kalau tak silap...abah ambil nasi bujang dan talapia bakar.
Lauk alip tak masuk pulak dalam gallery phone ammi. Dia macam biasalah kalau tempat tu ada gepuk, memang gepuk dan geprek itulah pilihan dia.
Tak mahal la apa yang kami ambil...total termasuk air cuma RM97.40.
Taste wise...biasa-biasa je sebab tu ammi tak letak nama kedai ni. Tapi team camping ammi memang suka ke sini sebab dorang kata sedap. Selalulah juga dorang set jumpa-jumpa kat sini untuk dinner. Pada ammi rasanya biasa-biasa je, ammi ingat ammi sorang je rasa gitu, anak-anak dan abah pun kata biasa-biasa je. So, tekak kitorang anak-beranak ni standard lain ke macam mana?
3 Comments
tekak lain2 kan...anyway, saya terliur talapia tu!
ReplyDeleteHahahaha tekak kan tak sama. Mungkin pada kita biasa-biasa je tapi tekak orang tu sedap. Seronok juga pakat makan ramai-ramai camni
ReplyDeleteNampak sedap je talapia bakar tu..kek mano ni? pm lokasi...
ReplyDelete