Sabtu (13/6/2026) kami pergi melawat Khilfi di asrama. Sepatutnya lepas Khilfi balik dari Jakarta kami boleh jemput dia di airport (7/6/2026) dan hantar semula ke sekolah pada Isnin (8/6/2026) sebelum jam 6 petang.
Tapi kami tak jemput sebab jadual kami agak padat. Weekend kami di Taiping, Ahad tu masih dalam perjalanan balik ke Seremban. Esoknya hari Isnin (8/6/2026) kami perlu daftarkan Kyra di KMNS. Risau terkejar-kejar dari Kuala Pilah nak ke Melaka. Jadi dah bagi tau awal-awal yang kami tak jemput dia. Terus jelah ikut rombongan ke sekolah. Kesian? Memang rasa kesian sebab kalau dirumah at least boleh rehat lebih sikit.
Tapi bila fikir balik, kalau kita jemput dia pun macam mana dia nak rehat. Awal pagi Isnin kita dah gerak ke Kuala Pilah. Takkanlah kita nak patah balik ke Seremban pastu baru hantar dia ke Melaka. Mesti kena angkut sekali harung. Pastu Alip pulak for sure tak boleh ke sekolah. So, perlu ada pengorbananlah disitu.
Jadi hari Sabtu tu kita pergilah visit dia. Dari hari Jumaat ammi terfikir nak bawa apa masa lawatan. Nak masak atau nak beli. Sekali masa solat Subuh datanglah idea buat ayam belada jelah. Tengok tu...time solatlah idea macam2 nak keluar. Gedik betullah otak ni.
Masa sampai tu nampak Mikael tengah duduk sorang-sorang dalam surau sebab dia tunggu azan Zohor. Selesai solat Zohor marilah kita makan sekali. "Papa, saya tak datang harini sebab locum, esok baru papa datang masa outing". Haa gitulah bukan senang nak hidup nak oooii.
Dia dan Khilfi satu dorm sebenarnya. Masa awal registration tu ammi yang cakap ngan papanya kalau boleh request bilik silalah sebut nama dorm Khilfi, dan Alhamdulillah dapatlah sebilik dua orang sepupu ni.
Kalini ni Khilfi bawa kawannya
Opet untuk makan sekali tapi terlindung pulak mukanya dengan tumbler. Anak lanang ni excited bercerita kisah dia di
Indonesia.
Kami tak lama sangat pun disini. Lebih kurang pukul 3 kami gerak balik Seremban sebab Abah dalam diam ada game bola rupanya. Hmmmm nak kena dia ni. Lagipun esok hari Abah kena outstation ke
Mersing. Jadi dia perlukan rehat yang cukup.
Balik dari Melaka ammi terus defrost ayam dalam fridge sebab malas dah nak keluar malam. Kita makan jelah apa yang ada kat rumah tu.
Kita buat ni jelah...
Chinese Marry Me Chicken versi durhaka dan ikut suka. Ikut resepi suruh letak daun bawang, tapi daun bawang takde. Yang ada daun sup dan daun ketumbar. Ok...kita ajaklah mereka masuk dalam menu ni.
Menu dinner ni ada bakinya jadi inilah juga menu lunch ammi dan Alip di rumah hari Ahad tu.
1 Comments
Bagus anak2 berkawan rapat di asrama. Kalau ada masalah boleh mengadu dgn kawan.
ReplyDeleteFirst time dgr nama resipi yg unik - Chinese marry me chicken. Macam menarik utk dicuba.