Hari Jumaat lepas ammi ambil cuti sebenarnya. Pagi ammi ada appointment ambil darah di Klinik Kesihatan pastu teruslah habiskan load barang masuk kereta dan kami pun teruslah ke lokasi untuk berkhemah.
Kami sampai di kawasan campsite sekitar jam 11.30 pagi dan cuaca agak terik. Kalini team kami dah book tempat ni sejak bulan Januari kalau tak silap ammi. Deru Alam Campsite yang terletak di Kenaboi, Jelebu. Lokasi yang sama dengan Rock Lemon Campsite yang kami pernah pergi dulu tapi percaya tak kedua-dua campsite ni punca air sungainya adalah berbeza.
Punca air di Rock Lemon adalah dari Sungai Limau manakala air sungai di Deru Alam adalah dari Sungai Kenaboi.
Patutlah masa awal sampai ammi agak keliru, masuk dari laluan sama tapi kenapa aliran sungai berlawanan.
Secara rasminya ini barulah perkhemahan kami kali ke-5. Last kami berkhemah bulan Jun 2025. Team members yang lain dah camping berbelas kali dah. Huhuhu...patutlah hilang rentak ammi masa nak packing barang. Kalini kami ber4 je sebab Khilfi tak boleh balik.
Hari pertama, belum pun 2 jam kami selesai set up khemah tu dia...hujan selebat-lebatnya. Cuak juga ammi sebab masa hujan lebat tu Abah keluar pergi solat Jumaat. Tiba-tiba ammi rasa macam ada air mengalir kat bawah khemah. Rupanya sampan yang abah pasang (guna groundsheet) berada dilaur outer layer khemah. Sepatutnya sampan kena duduk di dalam barulah tak bertakung air hujan. Lesson learnt.
Hari pertama tu hujan memang tak reda sampai ke malam. Aktiviti stimbot pun kami terpaksa tukar dengan masak sendiri-sendiri sebab kami tak sempat pun nak set up Dome Extra untuk duduk beramai-ramai plus ada khemah sorang lagi member yang dimasuki air.
Jadi budak berdua ni pun apa lagi... dah alang-alang basah, dorang terus je main bola tampar di bahagian bawah sebab belum ada campers yang check in lagi.
Pagi hari ke-dua Alhamdulillah, terang dah cuaca tapi tak ada siapa pun yang berani nak mandi. Aliran sungai agak laju dan keras je bunyinya. Nampak cetek tapi keras.
Next ammi cakap ngan abah nak cuba book tapak kat atas ni. Tapak kami berada di layer ke-3. Agak kurang dengar bunyi air sungai. Kalau duduk kat atas ni syok sikit kot cuma payah bab nak load and unload barang jelah sebab kereta tak sampai bawah.
Nantilah bila free baru ammi nak simpan memori our 5th camping di sini.
.png)
.png)
.png)
.png)


15 Comments
Saya baca entri ini beberapa kali, siap reload page. Nak fahamkan apa yang Ammi bulatkan dalam gambar. Rupanya, budak-budak tengah main bola tampar. Hehe.. buka guna laptop ni. Kat telefon, boleh juga zoom-in.
ReplyDeleteBeberapa hari ni kan hujan lebat waktu petang..semalam pukul 3 lebih dah hujan lebat..
ReplyDeleteBestnya camping... Cuya tak pernah rasa suasana camping yg sebenar. Macam seronok jer
ReplyDeleteBestnya aktiviti bersama family 👍
ReplyDeletebaca kisah camping ni menyeronokkan, namun sendiri seperti trauma nak join camping.
ReplyDeletemungkin bisa dicoba pd masa akan dtg.
mujur ammi bulatkan kalau tak, tak nampak disebalik dedaunan tu. bestnya camping.
ReplyDeleteingatkan bulat2 tu ada penampakan.. haaa haaa.. cantik board tu. kita baru lah sekali camping.. entah bila yg kali ke 2 akan muncul. cadang bln 9 ni.. semoga jadilah hendaknya
ReplyDeleteSeronoknya camping bersama keluarga. KSarie tumpang baca cerita orang ber camping dengan riang ria. Semoga Ammi dapat datang lagi sini satu hari dengan cuaca yang lebih cun melecun
ReplyDeleteSeram jugak kalau hujan berterusan, mujur semuanya baik2 sahaja. Semoga lain kali Ammi dapat book kat tempat yg diidamkan tu.
ReplyDeletekak ana suka tengok orang pi camping macam ni, dulu selalu layan youtuber Khaz Haris tu tapi kak ana tak daya dah nak join atas sebab kesihatan kan :)
ReplyDeletesalute lah... linda suka juga, tapi.. malas nak berkemas.. hahha.. kalau boleh nak duduk je...semua siap...
ReplyDeletecamping ni best kalau cuaca panas lah kan sbb tempat camping tu redup dgn pokok2...anyway, dear ammi. i'm backkkk,nanti i BW all ur entries yer
ReplyDeletebest nya camping.. kalau ada geng jadik ajer kan
ReplyDeleteInilah yg saya belum pernah coba, kemping. Padahal di daerah Bogor, bandung, Garut ,itu banyaaak sangat tempat kemping dan glamping. Semua dekat sungai.
ReplyDeleteTp asik kuatir aja kalau dah bicara kemping. Terutama bab toilet 😂😂. Makanya asik tertunda. Padahal kalau baca tulisan teman2, rata2 bilang seru, dan addict malah 😄
Memang beberapa minggu ni rajin hujan, katanya lepas ni akan mula panas sampai bulan september
ReplyDelete