Berkhemah di Deru Alam Campsite

Hari Jumaat lepas ammi ambil cuti sebenarnya.  Pagi ammi ada appointment ambil darah di Klinik Kesihatan pastu teruslah habiskan load barang masuk kereta dan kami pun teruslah ke lokasi untuk berkhemah.


Kami sampai di kawasan campsite sekitar jam 11.30 pagi dan cuaca agak terik.  Kalini team kami dah book tempat ni sejak bulan Januari kalau tak silap ammi.  Deru Alam Campsite yang terletak di Kenaboi, Jelebu.  Lokasi yang sama dengan Rock Lemon Campsite yang kami pernah pergi dulu tapi percaya tak kedua-dua campsite ni punca air sungainya adalah berbeza.  

Punca air di Rock Lemon adalah dari Sungai Limau manakala air sungai di Deru Alam adalah dari Sungai Kenaboi.

Patutlah masa awal sampai ammi agak keliru, masuk dari laluan sama tapi kenapa aliran sungai berlawanan.  


Secara rasminya ini barulah perkhemahan kami kali ke-5.  Last kami berkhemah bulan Jun 2025.  Team members yang lain dah camping berbelas kali dah. Huhuhu...patutlah hilang rentak ammi masa nak packing barang.  Kalini kami ber4 je sebab Khilfi tak boleh balik.  


Hari pertama, belum pun 2 jam kami selesai set up khemah tu dia...hujan selebat-lebatnya.  Cuak juga ammi sebab masa hujan lebat tu Abah keluar pergi solat Jumaat.  Tiba-tiba ammi rasa macam ada air mengalir kat bawah khemah.  Rupanya sampan yang abah pasang (guna groundsheet) berada dilaur outer layer khemah.  Sepatutnya sampan kena duduk di dalam barulah tak bertakung air hujan.  Lesson learnt.  

Hari pertama tu hujan memang tak reda sampai ke malam.  Aktiviti stimbot pun kami terpaksa tukar dengan masak sendiri-sendiri sebab kami tak sempat pun nak set up Dome Extra untuk duduk beramai-ramai plus ada khemah sorang lagi member yang dimasuki air.  

Jadi budak berdua ni pun apa lagi... dah alang-alang basah, dorang terus je main bola tampar di bahagian bawah sebab belum ada campers yang check in lagi.


Pagi hari ke-dua Alhamdulillah, terang dah cuaca tapi tak ada siapa pun yang berani nak mandi.  Aliran sungai agak laju dan keras je bunyinya.  Nampak cetek tapi keras.  

Next ammi cakap ngan abah nak cuba book tapak kat atas ni.  Tapak kami berada di layer ke-3.  Agak kurang dengar bunyi air sungai.  Kalau duduk kat atas ni syok sikit kot cuma payah bab nak load and unload barang jelah sebab kereta tak sampai bawah.

Nantilah bila free baru ammi nak simpan memori our 5th camping di sini.

Post a Comment

2 Comments

  1. Saya baca entri ini beberapa kali, siap reload page. Nak fahamkan apa yang Ammi bulatkan dalam gambar. Rupanya, budak-budak tengah main bola tampar. Hehe.. buka guna laptop ni. Kat telefon, boleh juga zoom-in.

    ReplyDelete
  2. Beberapa hari ni kan hujan lebat waktu petang..semalam pukul 3 lebih dah hujan lebat..

    ReplyDelete