Belum bermula cuti sekolah tapi cikgu sekolah dah bagi jadual kelas tambahan untuk murid Tingkatan 4 sekolah Kyra.

Tapi cuma ada 3 kelas je untuk kelas dia.  Ammi pun tak pasti sama ada dia boleh join kelas lain atau tak.


Kelas hari Jumaat ni confirm tak dapat pergi sebab Abah nak jemput Khilfi balik dari Melaka lepas tu kami dah ada plan nak ke Johor pula.  

Ammi dah whatsapp dalam group kelas kalau-kalau kelas Math tu boleh dibuat di hari lain...dan kita tengoklah apa jawapan cikgu Math dia nanti.  Mungkin cikgu tu pun nak balik kampung jugak kot cuti-cuti sekolah ni.  Tu yang dia buat diawal cuti.

Yang pasti ammi dah suruh Kyra pilih hari untuk outing dengan kawan-kawannya.  Bagilah dia peluang healing bersama kawan-kawan.  Cukup masa abah jemput.  Yang abah tu pulak tak payah nak jadi "papadom" sangat.