Minggu lepas ada Hari Asrama Terbuka dan Panca Delima di sekolah Khilfi.  

Ammi awal-awal dah bagi tau kat dia, ammi dan abah tak datang sebab kitorang ada agenda lain.  Di hari terbuka adalah kedai-kedai jualan bagai.  Macam tahun lepas juga.

Jualan mula hari Jumaat, tapi ammi tengok hari Jumaat tu dia kuranglah berbelanja.  Ada sorang parents tu awal pagi Jumaat dah sesiap tanya kat dalam group "cikgu kad e-wallet anak saya aktif sangat digunakan harini, takut kad anak kena curi".  Jawapan cikgu "anak sedang berbahagia shopping tu Puan".  

Ammi tengok kad anak ammi, senyap je.  Dia guna pagi sekali.  Tak membeli ke budak ni?

Petang tu dia call, ammi cakap jelah kat dia, kalau nak beli apa-apa beli je.  Nanti ammi topup kad tu.

Sekali....



Hambikkkkk berderet-deret dia touch kad dia.  Dalam kurang 24 jam RM40 ammi topup.  Hahhaha...galak kamu ye.

Hari Isnin sekolah dia cuti, cuti peristiwa agaknya dan dia call ammi lepas lunch.  Ammi pun tanyalah beli apa bagai...pastu terus dia minta maaf sebab banyak belanja.  Abang nampak semua sedap katanya.  

Tak ada marah pun, ammi tanya jelah anak ooiiii.  Aduhaiiiii...

Dah letak fon...dia siap message lagi.  Dah le call pakai kad kawan sebab kad dia cip tercabut.  Mujur boleh reverse charge.


Lama dah ammi tak dengar ayat "sorry kalau abang buat ammi marah ni".  Dulu sebelum dia masuk asrama tiap malam itulah skrip dia.  Sekarang dah duduk asrama dah kurang buat ammi marah kat rumah.  Dia buat ammi rindu je.