Throwback Thursday sangat ni.

Ini kisah yang berlaku 30.5.2013.  11 tahun dah berlalu.  Hari kejadian juga hari Khamis.  DEJAVU hahahah.  Terima kasihlah Facebook sebab ingatkan kembali memori ni.

Masa ni anak ammi baru 2 orang je.  



Kejadian ni berlaku lebih kurang pukul 8 lebih malam dan cuaca macam hujan renyai-renyai gitu. Ammi tengah santai-santai depan TV dengan anak-anak.  Masa anak kecil, inilah tikar yang paling practical.  Air tumpah ko lap je, makanan jatuh ko tak risau carpet comot bagai.  Ko lap je.

Tengah baring tu tiba-tiba ammi rasa macam kena gigit kat bawah dagu dan ammi tepis.  Bila tepis bunyi benda tu jatuh atas tikar tu kuat ye.  Laju-laju ammi buka lampu dan tengok lipan weiiii yang gigit.  Kat tangan masa tu tengah pegang remote TV.  Dengan remote tu juga ammi hentak-hentak dia.  Anak-anak especially Kyra dah cuak.  Dia dah nangis-nangis.  Masa tu dia 5 tahun, Khilfi 3 tahun.

Call abah hmmm...handphone dia elok je berbunyi kat dalam rumah.  Masa tu terfikir, eh camna kalau bisa dia sampai ke jantung.  Mati nanti sapa nak jaga anak-anak.  Ahakss.  Overkan kita pikir.  

Tukar baju, ambil kunci kereta, bawak anak-anak turun dan terus je ke tempat abah melepak lepas surau.  Terkejut abah camna boleh ada lipan naik tingkat 8.  Kat depan hall pulak tu.   Sampai klinik doctor bagi jab satu, bagi ubat tahan sakit dan yang penting bagi MC.  

Tapi sebelum keluar rumah tu ammi call kawan ammi.  Dia doktor.  Katanya, letak madu kat tempat digigit pastu baru ke klinik.  At least kalau bisa, bolehlah lambatkan bisa tu.