Pagi semalam ammi scroll through WhatsApp status dan ammi nampak status anak dara sendiri.  Dia jarang-jarang up status.  


Kesiannya anak ammi ni.  Ammi tau dia penat.  Kelas dia setiap hari dari Isnin - Khamis habis jam 4.30 petang.  Hari Selasa malam dia ada kelas tambahan addmath di sekolah dari jam 8.15-10 malam.  Hari Jumaat every alternate week ada kelas KKQ dari jam 2.30 sampai 4.30 petang.

Semoga anak ammi ni pandai bahagikan masa dan tak burnt out.  Risau tang ini je.

Tahun lepas, kalau ammi balik kerja rumah mesti dah siap bersapu berkemas sebab Kyra sejenis tak suka rumah bersepah.  Tapi tahun ni ammi tengok kalau ada kertas atau apa-apa atas lantai, selagi ammi tak sapu kat situlah dia sampai ammi sapu.  Dia nak bawak badan pun tak larat.

Tapi kakak, inilah persediaan menjadi mahasiswa universiti, jadi isteri, jadi ibu satu hari nanti.  Ponek tak boleh bawak bincang.