10.05.2024 buat pertama kali sepanjang anak-anak ammi bersekolah ammi hadir ke Mesyuarat PIBG sekolah.  

Kyra mula darjah satu tahun 2015 bermakna hampir 10 tahun anak-anak bersekolah ammi tak kuasa nak hadir mesyuarat PIBG.  Jangan dibuat contoh perangai hauk seketul emak ini.

Tahun ni ammi hadir.  Bangga beliau dengan dirinya sendiri.  Yang pertama sebab saya ada usul yang nak diusulkan.  Yang kedua sebab anak saya akan terima hadiah.  

Rasanya kalau Kyra tak terima hadiah ammi pun tak kuasa nak pergi kot.

Seawal jam 7.45 pagi dah sampai ke sekolah Kyra.  Ammi dan Abah naik motor je sebab sepelaung je sekolah dari rumah.  Malas nak hadap jam pun satu hal juga.  Masa mendaftar tu ammi perasan orang dok pegang pinggang dari belakang sambil geletek-geletek, dalam hati macam (apahal pulak laki aku geletek depan orang ni) rupanya alahaiiii kakak sepupu ammi.


Si tudung putih tu sepupu ammi.  Anak sulungnya di tingkatan 2 tahun ni.  

Ada dibuat 4 acara sekaligus pada hari yang sama.  Masa suntuk jadi terkejar-kejar juga setiap acara tu. Ada perasmian dewan terbuka sekolah, ada majlis jamuan hari raya, ada penyampaian hadiah dan mesyuarat PIBG.


Dewan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke sebab dia kan Ahli Parlimen Seremban dan dia juga antara yang hulurkan separuh daripada duit pembinaan dewan ni.  Total kos pembinaan dalam RM600 ribu jadi kiralah sendiri. 


Mencari si anak tak nampak bayang...tau-tau dia muncul.  Dia awal-awal dah kena duduk di bahagian penerima hadiah.  Patutlah ammi tercari-cari tak jumpa.


Eh tiba-tiba dia muncul lagi.  Nak bergambar dengan MakNgah katanya.  


Menunggu giliran namanya disebut.


Dok tunggu proper photo dari sekolah tak dapat-dapat lagi.  Kongsi jelah gambar dari jauh ni.  Masa ambil gambar ni ammi punya menggigil tak boleh nak control.  Kenapa ammi? Kenapa?

Dan pengumuman yang Pengetua buat lagi best.  Katanya dia dah berjanji dengan pelajar dan dia nak tunaikan janji dia hari ini.  "Saya janji pada setiap pelajar yang dapat nombor 1 tidak kira dari kelas yang mana, saya akan bawa mereka naik kapal terbang ke Langkawi.  Dan bulan 6 kita akan ke Langkawi".

Wahhhhh seronoklah Kyra, ammi pulak yang over excited.

Semoga terus cemerlang anak ammi.

Kyra kata "tahun ni macam susah je sebab ramai betul yang terror dalam kelas kakak".  Bukan nak suruh dapat nombor satu pun, minta supaya dia letakkan diri dia di tempat yang selayaknya pun dah Alhamdulillah.


Sama-sama kasih