Petang Jumaat (19.5.2023), balik je Abah dari site visit di Bangi kami terus gerak ke Melaka.  Setelah hampir dua bulan anak-anak masuk tingkatan 1 dan acara penutup majlis suai kenal MOZAC buat Talentime untuk anak-anak batch Superism 2327.  

Kita pakai baju merah harini demi nak tunjukkan sokongan pada team Temenggung.  Mentang-mentang anak rumah Temenggung..jadi kita taulah itu warna merah.  

Rumah lain Syahbandar, Bendahara, Laksamana hmmmm sampai ke sudah ammi tak tau itu warna apa.  Zaman ammi dulu sonang yo...sebut je warna tu terus.  Rumah kuning, merah, biru, hijau.


Sementara nak tunggu maghrib, moh le kita makan alas perut dulu.  Tak makan sekarang nampak gayanya lepas habis acara Talentimelah baru makan.  Mau dekat jam 10 malam nanti.



Acara bermula dengan adik form 1 berjalan bersama abang angkat form 4 masing-masing.  Terima kasih abg Wan sebab jagakan anak ammi ni ye.


Team rumah kuninglah kot.. best gak boria dorang ni.



Team Temenggung...dengan persembahan dikir baratnya.  Boleh tak team anak ammi ni buat persembahan dua kali sebab kali pertama tu tukang karut lupa lirik.  Dia jam terus humming tak menyanyi.  Gugup ye nak?  Its ok...

Khilfi tak ada baju melayu hitam sebenarnya.  Jadi dia buat sistem barter dengan kawan rumah biru dia.  Kawan tu pinjam baju melayu biru dia (untuk pesembahan) dia pinjam baju melayu hitam kawan dia.  Hmmmm eloklah.  At least tau juga dia macam mana nak selesaikan masalah.

Keputusan talentime keluar hari Selasa kalau tak silap...dan hahahah team temenggung lelaki dapat no. 7 dan temenggung perempuan nombor terakhir...iaitu nombor 8.  

Its oklah Temenggung...tak dapat juara Talentime...buat elok-elok kat pertandingan lain pulak.