Hari Ahad 4.6.2023 pepagi kitorang pergi breakfast di luar.  Kita kasi canlah budak yang nak balik hostel keesokan harinya pilih tempat dia nak sarapan.

Masa on the way balik kita singgah gi beli barang untuk masak lunch... dan tiba-tiba datang pulak idea budak nak balik hostel tu "apa kata kita pergi mandi sungai petang nanti".  Abah pun terus on...ajak gi Ulu Bendul.

So, baliklah kami kerumah setelah beli barang nak masak...masaklah lelaju ammi dan Kyra seperti yang dorang request.  Solat zohor dulu kat rumah pastu terus zassss kami ke Ulu Bendul.  Tawakal jelah masa nak keluar rumah tu.  Anak-anak belum lunch (kononnya nak lunch di Ulu Bendul), orang biasanya dok komplen jalan nak ke Pilah memang jam hauk.  Tup tup tak sampai 25 minit sampai dah uolllss.  Abah pulak jumpa parking yang cantik molek.  Memang rezeki kamilah haritu.

So, sekarang misi nak mencari parking di dalam tempat mandi manda tu.  Manusia sekian punya ramai.


Abahnya bawak bakul berisi makanan, anak bujang bawak bag baju, yang kecik mana ntah dia dalam gambar ni...bawak tikar.

Ammi dan kakak jalan lenggang mak limah kat belakang.


Alhamdulillah.  Dapat spot yang cun..yang tak ada orang lalu lalang depan muka korang.  Bentang tikar, letak makanan dan lajulah mereka makan.  Dah pukul 2 lebih dah pun.. dan yang paling lapar tu adalah yang paling kurus.  Pelik ammi dengan dia ni...baru lepas makan nak makan lagi.  

Anak-anak request buttermilk chicken.  Idea asal sebelum nak berpiknik ni ammi nak buat ayam balado jugak sebab tak kuasa la hai ammi nak makan buttermilk chicken tu.  Sudahnya ayam balado tak jadi...kita buat sambal ikan bilis je.  Sayur pun guna jelah apa yang ada dalam peti ais sebab memang tak beli sayur sebenarnya.  Kitorang ni dok pikir, Isnin confirm tak masak sebab nak hantar Khilfi balik asrama, pastu Selasa sampai ke Khamis Abah ada kerja kat KL.  

Jadi juadahnya, apa yang ada jelah.


Ha...cun tak port kami.  Betul-betul kat corner pagar...pastu depan kami memang tak ada orang lalu-lalang.  Cumanya bukan berdepan betullah dengan air.  


Settle je makan terus tak menyempat si paling bongsu ni.


Memasing dok kerumun kat abah...sejuklah tu.


Acah-acah je berdiri buat sign gitu.  Kalau tengok live boleh nampak dia gigil-gigil.


Ahaksss...sudahnya sampai ke sudah berpaut gitu ngan abahnya.

Alip:  Alip tak sukalah mandi sungai...alip suka mandi laut
Ammi:  Mandi sungailah best, sejuk.
Alip:  Sebab sejuklah tak best.  Alip suka panas-panas.

Semua orang suka mandi sejuk dia sorang je nak tempat panas.  Tapi dalam pada tak suka tu...2-3 kali gak dia naik sambung makan pastu turun semula.  Walaupun jalan dah macam orang parkinson.

Dedekat nak asar...moh le kita siap-siap pulang.  


Ek eh...ada pulak yang tumpang berteduh di tikar kami.


Itulah the real black pink didepan sana...badan gagah perkasa, rambut panjang, baju hitam, bag pink.  Amacam???

Memula plannya nak pekena cendol Pilah...sekali bila sampai kat kereta tengok...umangaiiiii kalau ke belah Pilah balik nanti confirm melekat.  So, takyahlah gatal nak bercendol Pilah bagai.  Kita beli kuih-muih, buat kopi sambung minum petang depan porch rumah jelah pulak.