Hari Isnin lepas, berpagian kami sekeluarga dah bergerak dari Seremban ke KL.  Ammi ke officelah of course.  Lepas je abah drop off ammi kat office, abah pun gerak ke Puchong, ambil barang-barang kerja yang abah dah order dari supplier A.  

Pastu abah drop off pulak anak-anak bujang ammi kat rumah adik ipar di Bangsar.  Abah shoot terus menjemput kawan-kawan kakak dan drop off dorang kat PWTC sebab dorang nak ke Pesta Buku Antarabangsa tu.  Ammi tengok jadual abah, ammi terasa semput sungguh.

Lepas drop off kakak & the gang abah ke Gombak pulak, pick up lagi barang kerja, pastu arrange untuk transport untuk dihantar ke client abah di Johor sebelum installation ntah bila nak buatnya.  Tup-tup petang sesama ngan ammi baru abah balik.  Itupun ammi dulu yang sampai di rumah adik ipar di Bangsar dan abah menyusul kemudian untuk jemput kami semua balik Seremban.  Begitulah hidup seorang freelancer demi menyuap nasi ke mulut isteri yang selalu demand nak makan sedap.


Ini kawan pertama yang abah jemput di Tasik Selatan.  Kawan ke-2 kat Pandan Indah.  Macam grab driver pun ada gak abah dorang.  Dah hantar pagi, jemput pulak petang.

Takut juga nak lepaskan anak dara bergerak sendiri dengan kawan-kawan.  Ke tempat yang sesak padat pulak tu.  Tapi ammi tawakal jelah..she's turning 15 this December.  Belajarlah untuk melepaskan ammi oooiiii.  Dan kawan-kawan dia alhamdulillah semua yang ammi kenal, yang elok perangai dorang.  Mudah-mudahan begitulah selamanya.  Alhamdulillah selamat menjemput dan menghantar anak-anak dara orang pun dah bersyukur.

Nampak, belakang kereta tu penuh dengan kotak.


Suruh Kyra ambil gambar dengan kawan dan suasana dalam PWTC... ini bukan dalam....ini diluar.


Ini kat mall sebelah.  Pandai ye.  Pastu siap hantar whatsapp kat ammi "ammi tolong cakap kat abah kakak jalan gi Sunway Putra kejap"... eh macam kan dia tak boleh whatsapp abah tu sendiri.  Takutlah tu.


Gambar ni dia hantar kat ammi.  Motif?


Nilah hasil pancingan dia.  Nasib baik bukan beli buku cintan-cintun nangis meleweh-leweh.  Nanti bila duit raya adik lagi banyak masuk bank daripada duit awak jangan jeles ye.....sendiri yang cari pasal.